Viral Cinta

[VIDEO] Berlari Pakai Telekung, Gadis Melalak ‘Dikerjakan’ Boyfriend Toksik

[VIDEO] Berlari Pakai Telekung, Gadis Melalak ‘Dikerjakan’ Boyfriend Toksik

Sharing is caring!

Bagi mereka yang sedang dilamun cinta, pastinya hati berasa berbunga-bunga ketika melayari saat tersebut. Namun dalam kehangatan bercinta, ada partner yang sanggup melakukan perkara melebihi batas dan bertindak di luar jangkaan. Lebih-lebih lagi apabila menjalinkan perhubungan ‘toksik’ seperti yang dialami oleh gadis ini.

BACA: Allah Tu Adil & Lelaki Nangis Nampak Awek Dating Dengan Orang Lain

Terkejut member datang dalam keadaan bertelekung & tidak berkasut…Dengan air mata berjuraian

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, @Nadya Kherunnisa dikatakan sedang merakam video di lokasi bekerjanya. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat sahabatnya berlari meluru ke arahnya sambil menangis. Malahan, gadis tersebut berada dalam keadaan bertelekung serta tidak memakai kasut. Dalam masa yang sama, dikatakan terdapat kesan merah pada badan gadis berkenaan. Nadya menyatakan bahawa rakannya sedang mempunyai masalah dalaman dengan teman lelakinya.


@nadyakhaerunnisa

Sumpahh kasihan bangett korbann toxiccc 😭😭😭😭😭 mau lanjutt ceritaaa

♬ Konser Rossa – camilaa🦋

Ada kesan birat pada wajahnya…Tidak mahu menceritakan hal yang berlaku

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan, Nadya menunjukkan sahabatnya sedang termenung sambil berbaring di atas katil. Malahan, kelihatan juga beberapa kesan kebiruan pada bahagian wajahnya. Walau bagaimanapun, gadis berkenaan tidak mahu menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku pada dirinya. Dia turut menyatakan bahawa dahulu sahabatnya cantik tetapi kini kelihatan semakin susut.

@nadyakhaerunnisa

Balas @irsyadrbbni #fyp

♬ original sound – Nadya Kherunnisa – Nadya Kherunnisa

Tinggalkan lelaki itu…Hubungan ‘toksik’ macam ini  tidak ada kesudahan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar gadis tersebut memutuskan hubungan dengan teman lelakinya kerana relationship ‘toksik’ seperti itu tidak akan berkesudahan. Tidak terkecuali, ada antara mereka turut berkongsi pengalaman seperti yang dialami oleh gadis ini.


[VIDEO] Berlari Pakai Telekung, Gadis Melalak ‘Dikerjakan’ Boyfriend Toksik

[VIDEO] Berlari Pakai Telekung, Gadis Melalak ‘Dikerjakan’ Boyfriend Toksik

[VIDEO] Berlari Pakai Telekung, Gadis Melalak ‘Dikerjakan’ Boyfriend Toksik

Sumber: TikTok nadyakhaerunnisa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!