Isu Semasa Kesihatan

[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak

[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia yang telah meragut lebih 20 nyawa ternyata telah menimbulkan kegusaran orang ramai. Baru-baru ini juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa kawasan yang diisytihar sebagai zon merah juga telah diperketatkan ekoran peningkatan luar biasa jumlah jangkitan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

BACA : Bimbang Dituduh Riak, DS Aliff Tidak Dedahkan Sumbangannya Bagi Atasi COVID-19

[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak
Gambar sekadar hiasan

Angkut barang tanpa dibantu keluarga

Menurut perkongsian Mohd Noorkhezan Hamid, sepupunya yang baru berusia 13 tahun telah disahkan positif COVID-19. Apa yang menghibakan adalah susana ketika remaja yang dikenali sebagai Nuha Syazwan itu membawa barang peribadinya untuk dibawa ke pusat rawatan tanpa dibantu oleh keluarga kerana bimbang akan dijangkiti virus berkenaan. Remaja berkenaan dipercayai dijangkiti ketika menjalani ibadah solat jumaat beberapa minggu lalu sebelum arahan PKP dilaksanakan.


[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak

“Nanti jangan lupa telefon tau”

Dalam pada itu, keluarga remaja terbabit juga berpesan kepadanya supaya sentiasa menghubungi mereka. Hal ini kerana supaya setiap perkembangan kesihatan dia dapat diketahui oleh mereka. Selain itu lelaki tersebut turut dilihat mengalirkan air mata saat berada di dalam ambulans kerana terpaksa berpisah dengan keluarganya. Terdahulu, Nuha dilaporkan mengalami batuk sebelum diminta ke pusat rawatan untuk menjalani ujian saringan.


Semoga dipermudahkan segala urusan dik..

Posting Noorkhezan di laman Facebook itu telah ditonton lebih dari 900 ribu kali dan dikongsi seramai 52 ribu warganet. Rata-rata mereka turut berasa sebak dengan remaja berkenaan yang dilihat tabah menghadapi ujian-Nya. Mereka juga mendoakan supaya dia dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan seperti sediakala.

[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak[VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak [VIDEO] Bersendirian Angkut Barang Ke Dalam Ambulans, Aksi Remaja Undang Sebak

Sumber : Facebook Mohd Noorkhezan Bin Hamid & Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini