[VIDEO] Bersua Di Live TV Setelah 13 Tahun, Yusry & Erra Sangat Profesional!

Siapa menyangka selepas hampir 13 tahun kedua-dua pelakon dan penyanyi ini berpisah, mereka akhirnya bersua juga di rancangan live TV. Itulah yang berlaku sewaktu berlangsungnya rancangan realiti hiburan spontan, iaitu All Stars Buka Panggung (ASBP) pada Jumaat lepas. Yusry Abd Halim mengambil bahagian dalam rancangan itu selaku salah seorang penghibur rancangan berkenaan, sementar primadona filem Melayu, Erra Fazira yang bertindak sebagai Dewi Seri Panggung. Ini pula adalah reaksi mereka saat bertemu pertama kali di rancangan terbabit.

BACA: Tayang Sisi Lembut Jadi MakeUp Artist, Aksi Spontan Aaron Aziz Lawak Habis!

Lepas 13 tahun…Yusry & Erra bersua secara live 

Advertisement

Saya tak rasa ini isu besar…sebab kami semua profesional

Walaupun menggantikan tempat Datin Seri Umie Aida di saat-saat akhir dalam program pentas komedi ini, Yusry menyatakan dia seronok apabila digandingkan di atas pentas bersama rakan artis yang lain. Bekas anggota KRU ini juga menyifatkan pertemuannya dengan Erra Fazira pada malam itu atas tuntutan kerja sahaja dan tidak perlu diperbesarkan pun kerana masing-masing bersikap profesional.

Advertisement

Pusing-pusing pun akan berjumpa juga…kami pun sangat matang

Mengulas mengenai situasi berkenaan, Erra yang berperanan sebagai juri utama rancangan hiburan itu berkata yang dia tidak terkejut detik ini tiba jua memandangkan mereka bergiat dalam industri sama. Menganggap masing-masing sudah mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri, Erra juga akui tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun pernah mempunyai sejarah hidup dengannya.

Advertisement

Respect Erra & Yusry…takyah masam muka sebab semua benda pun dah lepas

Ternyata respon yang diberikan oleh kedua-dua selebriti itu disifatkan sebagai amat matang dan memaparkan rasa hormat terhadap diri masing-masing. Rata-rata netizen turut memberikan pujian kepada profesionalisme yang dimiliki oleh Yusry Abd Halim serta Erra Fazira  di ruangan komen video tersebut. Meskipun tidak dinafikan masih ada sesetengah pihak yang merindui chemistry mereka saat berlakon dalam filem sama suatu masa dahulu, namun majoriti tumpang gembira dengan kejayaan terkini yang dikecapi oleh kedua-duanya.

Advertisement

Advertisement

Sumber: YouTube Budiey Channel 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?