Viral

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Tak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan ramai pihak menanggung rugi terutamanya golongan B40. Gara-gara hilang punca rezeki, sebahagian besar mereka hanya mampu mengharapkan bantuan daripada kerajaan serta NGO atau individu yang prihatin di luar sana.

BACA: Tak Pernah Kenal Erti Jemu, Ibu Tunggal Setia 18 Tahun Jaga Ibu Bapa OKU

Anak 7 tahun tolakkan…Bapa OKU sejak 10 tahun (fix)

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter mengenai seorang lelaki OKU yang terpaksa bergantung pada bantuan anak lelaki berusia 7 tahun serta kerusi rodanya untuk mencari sesuap nasi. Siapa sangka, rupanya musibah kesihatan yang menimpa lelaki itu sudah berlarutan selama 10 tahun. Malah difahamkan besi yang menggantikan fungsi tulang pada bahagian kakinya juga telah terjejas.


Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi


Tolak pemberian banyak sangat sedekah…ramai lagi yang tak dapat

Dalam rakaman tersebut, sekumpulan individu memberhentikan kenderaan mereka untuk memberi sumbangan makanan kepada 2 beranak tersebut. Lebih mengejutkan, lelaki itu menolak pemberian lebih yang ditawarkan kerana memikirkan terdapat ramai lagi pihak yang mungkin lebih susah daripadanya. Si anak juga kelihatan tersenyum apabila mendengarkan nasihat yang cukup bermakna daripada ayahnya.

Hidup ni kena sentiasa bersyukur..

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen sebak dengan kebaikan lelaki OKU itu dan memuji sikap prihatin individu yang menghulurkan bantuan tersebut. Malahan ada yang meluahkan hasrat ingin membantu mereka pada masa akan datang.

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi


Sumber: Twitter _AZ69

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tolak Sedekah Sebab Ada Yang Lagi Susah, Sikap Bapa OKU Ini Wajar Dicontohi

Facebook

Telegram