Mendapat seorang bayi yang sempurna tubuh badan adalah doa-doa titipan para ibu setiap kali berada dalam fasa hamil. Namun tidak kira walau macam mana sekalipun rupa zuriat itu selepas dilahirkan nanti, anugerah daripada Allah ini pastinya akan dihargai sebaik-baiknya kerana anak merupakan satu amanah besar.
BACA : Dari Darjah 1-6 Menang Takhta Baju Raya Tercantik Wajah Ayu Budak Ini Dipuji
My craving when i was pregnant
Menerusi sebuah TikTok dikongsikan oleh seorang ibu ini, awalnya dia sekadar bergurau membuat content dengan menyertakan gambar seorang pelakon drama Korea bernama Song Joong-ki. Namun tanpa disangka-sangka, wajah bayi comel berkenaan sepertinya ada sedikit iras dengan bintang terkenal itu khususnya di bahagian mata bersama kulit yang agak cerah. Dikongsikan sejak semalam, rakaman pendek itu berjaya meraih lebih sejuta tontonan.
@iadamsr_ Buat untuk suka2 je #fypシ #masukberanda #mycravingswheniwaspregnant
Anak saya memang tak sama macam Song Joong-ki…Saya cuma peminat dia saja
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kecomelan anak kecil itu ibarat diwarisi daripada ibu ayahnya yang juga sangat cantik dan segak. Pun begitu, wanita ini menjelaskan semula video tersebut adalah sekadar hiburan sahaja dan sama sekali tidak claimed bayinya mempunyai muka mirip dengan Joong-ki.
@iadamsr_ Reply to @cikgu.riena00 baba dan ibu adam biasa2 je awak. Hehehe ❤️#fypシ
SubhanaAllah indahnya ciptaan Allah…Patutnya anak comel, mak ayah pun dua-dua lawa segak
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif dan memuji keindahahan muka bayi tersebut. Selain Song Joong-ki, mereka turut menyamakan rupa anak wanita berkenaan dengan artis-artis Korea lain.
Kredit : TikTok iadamsr
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Berwajah Ala-Ala Korea, Kecomelan Bayi Ini Buat Ramai Netizen Terpesona](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)