Viral

[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga atau mak ayah apabila si anak tiba-tiba dipanggil mengadap Ilahi dalam tragedi yang menyayat hati. Hakikatnya seluruh rakyat Malaysia masih terkesan dengan insiden 4 gadis yang tak sedarkan diri gara-gara terhidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak awal pagi semalam. Dalam perkembangan terbaru, kebocoran ekzos kenderaan MPV tersebut disyaki menjadi punca 3 daripada mereka gagal diselamatkan manakala seorang lagi sedang kritikal.

BACA: Sempat Kirim Mesej Akhir, Bapa Sayu Jumpa Anak Sendiri Ajal Tidur Dalam Kereta

[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

Kakak simpan detik percutian terakhir adik sebagai kenangan…muka masing-masing bahagia & lembut saja

Gara-gara terkesan dengan pemergian Ayuni Shazwanie Shabri, wanita bernama Erina Shabin ini telah berkongsi detik terakhir gadis berusia 21 tahun tersebut dipercayai di Pulau Jerejak, Pulau Pinang yang menjadi lokasi percutian bersama rakannya tempoh hari. Luah Erina, paparan tersebut akan disimpan sebagai kenangan terhadap adik tercinta. Terdahulu, bapa Ayuni merupakan individu yang bertanggungjawab menjumpai kereta mereka selepas tak sedap hati anaknya lewat pulang ke rumah.

Last kenangan mereka di dunia…BFF sampai syurga

Rakaman yang diambil dari akaun Instagram Story milik Ayuni tersebut nyata telah menimbulkan sebak ramai netizen. Selain bersimpati terhadap ahli keluarga 4 gadis tersebut, mereka turut menyifatkan percutian itu sebagai kenangan terakhir mereka di dunia dan mendoakan supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak


[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

Sumber: FB Erina Shabina Shabri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “BFF Sampai Syurga” – Kenangan Percutian Terakhir 4 Gadis Undang Sebak

Facebook

Telegram