Family

[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

Sharing is caring!

Sebagai tanda peringatan, ramai di antara kita gemar membuat sambutan hari lahir khas buat insan tersayang dalam rumah tangga. Walaupun ringkas tanpa candlelight di tempat mewah, detik itu bertambah indah dengan kehadiran anak serta isteri tercinta. Demikianlah gambar yang terlintas di kepala saat melihat pelawak terkenal, Jep Sepahtu yang menyambut hari lahir ke 35 semalam.

BACA: Masak Welcome-Welcome Je, Gelagat Jep Sepanjang Tempoh PKP Hiburkan Netizen

3 beradik buat kek Papa Jep

Sebelum ini, mungkin ramai yang mencari kek besar yang nampak mewah untuk sambut hari jadi. Tapi tidak bagi keluarga Jep. Istimewanya, kek hari jadi itu dibuat sendiri oleh anak-anak sekaligus mendapat pujian netizen. Sambil mengadun adunan kek, anak-anak Jep telah menitipkan doa buat papanya. Mereka mengharapkan moga Jep diberikan kesihatan danĀ  dimurahkan rezeki dari Allah.


Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati

Pelakon, Sari Yanti turut menitipkan sebuah ucapan khas buat suaminya dengan berdoa semoga Jep menjadi insan yang dirahmati di dunia dan di akhirat. Walaupun banyak cerita yang datang dan pergi, tapi biarlah kisah mereka kekal berada di dalam hati.

[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

Bismillah Takde, Kau Cheer Je Eh.Bismillah dulu

Hanya di beranda rumah, sambutanĀ  hari lahir Jep telah diadakan dengan cukup meriah oleh Sari Yanti dan anak-anaknya. Ketika sesi memotong kek, nasihat spontan daripada Jep menegur anaknya telah mencuit hati orang ramai. Jep meminta anaknya membaca bismillah sebelum makan dan bukannya cheer.


[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

Sumber: Instagram Sari Yanti

 

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Bismillah Takde, Cheer Je Eh”-Jep Sempoi Tegur Anak Ketika Hari Lahir

Sharing is caring!