Viral

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

Siapa sangka, perlawanan antara pasukan Johor Tigris menentang Penang Black Panthers di kejohanan Sepak Takraw League (STL) pada hujung minggu lalu telah mencuri tumpuan selain tak henti-henti jadi bualan ramai di media sosial. Mana taknya, ada satu insiden ‘rare‘ berlaku sepanjang perlawanan itu yang mungkin tidak pernah disaksikan oleh semua peminat sepak takraw seumur hidup telah berjaya dirakam oleh lensa kamera.

BACA: Kajian Buktikan Jaga Anak-Anak Lebih Susah Daripada Bersukan, Ini Sebabnya

Satu kaki, satu kepala…bola melekat

Detik menarik itu terjadi pada set kedua ketika Penang Black Panthers mendahului 16-14 apabila lipatan oleh Noraizat (penyerang Johor Tigris) dihadang oleh Azlan (penyerang Penang Black Panthers) yang membuat tandukan di bahagian jaring. Namun tanpa diduga, bola tersebut telah melekat antara kaki dan kepala kedua-dua pemain ini hingga kemik seketika sebelum ianya kembali ke bentuk asal.


[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

“Nasib baik bola tu masih lagi dalam keadaan bulat..”

Di hujung rakaman itu, Azlan dilihat terus jatuh menggelupur kerana menahan impak pertembungan tersebut. Perkara lain yang turut menjadi perhatian ramai adalah reaksi pengulas Astro Arena yang lebih mengutamakan keadaan bola takraw daripada keadaan kedua-dua pemain terlibat. 


Pengulas ni bola je yang dia kisahkan..

Perlawanan terbabit berlangsung sengit sebelum kemenangan memihak kepada pasukan Johor Tigris dengan mata 2-1 ke atas pasukan lawan. Selain terkesima dengan insiden yang jarang berlaku itu, rata-rata netizen turut berseloroh dengan ulasan yang diperdengarkan sepanjang rakaman viral tersebut. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah ditonton lebih 230 kali serta meraih lebih 6 ribu perkongsian di laman Facebook.

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan


[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

Sumber: FB Astro Arena & IG klip.viral

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Bola Takraw Melekat Di Kaki & Kepala, Tapi Respon Pengulas Jadi Tumpuan

Facebook

Telegram