Viral

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

Sharing is caring!

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya seorang sahaja ahli keluarga yang dibenarkan untuk membeli barang keperluan rumah. Justeru, tugas tersebut selalunya akan digalas oleh suami atau anak lelaki menyebabkan di pasaraya kini kerap dibanjiri oleh lelaki daripada wanita. 

BACA: Akibat Simpan Rahsia Ketika Disaring, Jadi Punca Petugas Dijangkiti COVID-19

Ramai lelaki berbelanja di pasaraya waktu PKP

Baru-baru ini, pengarah terkenal Michael Ang telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya. Dalam rakaman tersebut, dia hampa kerana barang yang ingin dibeli telah kehabisan stok dan resepi yang ingin dikongsi dengan peminatnya terpaksa ditangguhkan. Tetapi, Michael tidak menyangka hampir 90 peratus yang berbelanja di pasaraya adalah golongan lelaki sahaja. 

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single


[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

Inilah masa untuk wanita single

Dalam rakaman itu juga, dia mengatakan inilah masanya wanita single untuk pergi ke pasaraya dengan harapan berjumpa jodoh idaman. Michael juga berseloroh bahawa ramai lelaki yang pergi berbelanja itu memiliki wajah yang ‘elok’ yang pasti akan menarik perhatian mereka.

I sanggup jadi ketua keluarga, biar suami jaga anak

Siapa sangka, video berdurasi 30 saat itu menarik perhatian netizen serta mendapat lebih 120 ribu views. Rata-rata netizen juga terhibur dengan gurauan Michael mengenai wanita yang menyukai ‘suami orang’ itu. Malah, ada juga wanita yang memberi komen menyuarakan dirinya sanggup menjadi wakil keluarga untuk membeli barang keperluan asalkan suaminya terjaga di rumah.

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single


[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

Sumber: Instagram Michael Ang


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Boleh Cari Jodoh Di Pasaraya, Michael Ang Berseloroh Untuk Gadis Single

Sharing is caring!