Viral

[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

Tidak ada seorang pun yang mengharapkan sesebuah hubungan cinta itu terhenti di tengah jalan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah menjalin hubungan istimewa selama bertahun-tahun. Namun memiliki pengalaman seperti terperangkap dalam hubungan toxic antara satu mimpi buruk yang terpaksa dilalui bagi seorang gadis dari Indonesia ini.


BACA : Menangis Nak Ikut Ayah Balik, Gadis Tak Tahan Dikelilingi Kawan Toxic Di Asrama

Hari pertama break up dengan bekas pakwe, wajah sembam & berbekas..

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ayasz, dia mengakui pernah berada dalam sebuah perhubungan toxic bersama bekas teman lelakinya sebelum ini. Walau bagaimanapun, gadis ini bertindak memutuskan percintaan mereka berdua selain turut mengambil kesempatan berkongsi beberapa foto memaparkan keadaan wajahnya dipercayai dikasari oleh individu terbabit.


[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

Berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat..

Susulan itu, dia akhirnya nekad membawa diri jauh daripada lelaki terbabit bagi mencari ketenangan baru. Memilih kota London sebagai destinasi bagi melupakan segala memori pahit bersama individu tersebut, gadis cantik ini dilihat semakin bahagia. Mengimbas semula kisah lama dahulu, dia mengakui perjuangan melupakan bekas teman lelakinya itu memakan masa hampir lima bulan dan ia bukanlah satu proses mudah.


@ayasz_

cari pelarian ke london berdua @fahrimuhammad876 pas lg hancur hancur nya🥺

♬ Originalton – soundxslomo

You deserve someone better..

Meraih hampir 100 ribu tontonan daripada netizen, siapa sangka rakaman video tersebut mengundang simpati ramai. Tidak kurang juga yang menyokong tindakan gadis berkenaan membawa diri keluar daripada episod hitam tersebut.

[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London [VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London [VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

Sumber : TikTok ayasz_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Break Up Sebab Boyfriend Toxic, Gadis Move On Cari Ketenangan Di London

Facebook

Telegram