[VIDEO] Bualan Lelaki Sindir Scammer Menjadi Viral, Part IC Tu Lawak Habis!

Dalam zaman ekonomi sekarang, pastinya ada sahaja pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan untung secara sembarangan. Perkara sebegini lazim dilakukan oleh mereka yang digelarkan sebagai Scammer. Perkara ini tampak lebih serius kerana hari demi hari video perbuatan scam ini semakin banyak ditularkan. Terbaharu, seorang lelaki telah merakam aksi perbualannya di dalam telefon bersama seorang scammer tetapi cara dia menjawab helah scammer tersebut sangat menarik perhatian.

BACA: Baru Nak Beli Baca Al-Quran, Gadis Mualaf Ini Ditipu Penjual Scammer!

Video tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @DanialNagib. Dalam paparan berkenaan, lelaki yang dipercayai pemilik Twitter tersebut nampak tenang menjawab panggilan seorang pegawai lelaki yang mengaku kononnya anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Babak panggilan tersebut menjadi lebih lucu kerana dia telah memanjangkan perbualan sambil mengejek pegawai itu sehingga menimbulkan kemarahan. 

Minta nombor kad pengenalan

Pada awalnya, lelaki itu menghubungi nombor pegawai tersebut setelah dia menerima panggilan daripada operator sebelum ini. Namun, segala percakapan pegawai itu menjadi lebih mencurigakan kerana lelaki tersebut nampaknya tidak pernah berurusan langsung dengan apa-apa seperti yang diperkatakan. Paling mencuit hati adalah babak dia menyindir pegawai berkenaan yang meminta nombor kad pengenalannya.

 

Lakonan lucu itu akhirnya berjaya kerana pegawai misteri itu kedengarannya sangat bengang dan semakin tertekan selepas dipermainkan oleh lelaki tersebut. Setelah suasana semakin hangat, lelaki itu enggan meneruskan lagi perbualan dan terus meletakkan panggilan. Babak yang paling ‘win’ tersebut telah mendapat perhatian di Twitter sehingga netizen turut berkongsi pengalamannya menghadapi panggilan sedemikian. Video yang telah tular itu telah mendapat tontonan sebanyak lebih 45 ribu dan lebih 2 ribu ulangkicau. 

Sumber: Twitter DanialNagib

Apa Komen Anda?