Hiburan

[VIDEO] Sedap Teruk Suara, Shila Amzah Duet Dengan Penyanyi Cina Dalam ICSYVMY

[VIDEO] Sedap Teruk Suara, Shila Amzah Duet Dengan Penyanyi Cina Dalam ICSYVMY

Sharing is caring!

Sana minggu ada sahaja gelagat dan drama yang menghiburkan saat penyanyi jemputan mencari pemenang program hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ . Dalam episod terbaru malam tadi, Shila Amzah telah diundang sebagai artis jemputan manakala pelakon Zara Zya dan Nadiya Nisaa sebagai panel penyiasat.

BACA : [VIDEO] Suara Lunak Merdu, Erra Fazira Terlepas Peserta Berbakat Besar


[VIDEO] Sedap Teruk Suara, Shila Amzah Duet Dengan Penyanyi Cina Dalam ICSYVMY

Singkirkan peserta bersuara merdu

Pada pusingan kedua, Shila Amzah telah menyingkirkan penyanyi sebenar kerana termakan hasutan daripada panel penyiasat. Peserta nombor 6 itu dikatakan pernah menjadi artis rakaman di negara Indonesia selama 3 tahun.  Selain itu, kesemua yang ada di dalam studio dilihat tergamam apabila penyanyi tersebut memulakan nyanyian yang merdu.

Jihan kecewa dengan ‘my boy’

Sewaktu pusingan separuh akhir, Shila telah menyingkirkan peserta kegemaran Jihan Muse. Apa yang menarik, penyanyi yang digelar ‘my boy’ oleh ahli panel penyiasat itu merupakan seorang penyamar. Jihan malah dilihat kecewa kerana  ‘tertipu’ dengan perwatakan peserta tersebut namun ia sangat menghiburkan hati pelantun lagu ‘Selamanya Cinta’ berkenaan.


[VIDEO] Sedap Teruk Suara, Shila Amzah Duet Dengan Penyanyi Cina Dalam ICSYVMY

Shila duet dengan penyanyi Cina di pusingan akhir

Pada pusingan akhir, Shila telah membuat pilihat tepat untuk memilih peserta bernama Clinton Jerome Chua sebagai rakan duetnya. Malah majoriti panel penyiasat turut mengundi peserta berbangsa Cina itu untuk ke pusingan akhir. Ketika Chua memulakan nyanyiannya, dilihat kesemua penonton dan panel penyiasat bersorak dengan pilihan Shila.

Sumber : Instagram TV3 Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Sedap Teruk Suara, Shila Amzah Duet Dengan Penyanyi Cina Dalam ICSYVMY

Sharing is caring!