[VIDEO] Budak Twitter Sahut Cabaran Pakai Baju Kurung, Dah Serupa Mak Buyung!

Macam-macam benda pelik betul dekat Twitter sekarang! Selepas tularnya beberapa foto yang memaparkan lima gadis segak menyarung baju Melayu, golongan lelaki juga tidak mahu kalah dan mula menjadikannya sebagai cabaran. Terbaru, seorang pelajar lelaki dari Cheras ini telah menyahut cabaran untuk memakai baju kurung pada hari Jumaat minggu ini sekiranya dia berjaya meraih sekurang-kurangnya 100 retweets daripada pengguna Twitter lain.

BACA: [VIDEO] Instafamous Dikecam Ramai Gara-Gara Letak Produk Tester Atas Jerawat!

Advertisement

Okay done! Rasa nak deactivate Twitter..

Menurut remaja dikenali sebagai Aiman ini, dia sengaja memilih hari berkenaan kerana sekolahnya turut menganjurkan sebuah jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadi, dia akan membawa dan memakai pakaian tradisi itu di sana.

Advertisement

Sebaik mengenakan baju kurung tersebut, rakan-rakan sekolahnya turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto bersama dengannya. Mana taknya, bukan selalu nak tengok lelaki turunkan ego dan pakai baju kurung kan. Ayu pula tu!

Advertisement

Rata-rata netizen turut menyatakan rasa bangga terhadap lelaki ini kerana dia telah berjaya mengotakan janji untuk menyahut cabaran ini walaupun sekadar untuk hiburan semata-mata. Malah ada juga yang turut memuji busana kurung yang berwarna biru serta corak bunga-bunga ditampilkan olehnya itu, walaupun terdapat beberapa foto yang menampakkan dirinya dah serupa macam ‘mak buyung’.

Advertisement

Sumber: Twitter aiimnhishm

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?