Cinta Inspirasi

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

Sharing is caring!

Secara umumnya, sesetengah wanita pilih untuk mengamalkan pemakaian niqab atau purdah atas dasar mahu menjadi wanita yang lebih solehah. Hal ini kerana penampilan tersebut bukan sahaja boleh mengelakkan pandangan lelaki bukan mahram, tetapi turut meningkatkan sifat malu dalam diri. Begitulah yang diterapkan dalam hidup seorang usahawan pakaian MusIimah dan Instafamous dikenali sebagai Nabilah Othman ini.

BACA: “Dah Majlis Ke? Tak Ajak Pun” – Wanita Tegur Sikap Orang Bila Tak Dapat Jemputan

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

“Nak buka purdah boleh tak bang?”

Baru-baru ini, ibu muda tersebut ada memuat naik video melakukan prank atau usikan terhadap suami di Instagram miliknya. Dalam rakaman tersebut, Nabilah sengaja menyatakan bahawa dia ingin membuka purdahnya dengan alasan mahu tampil cantik macam wanita lain. Jelasnya di ruangan kapsyen lagi, dia cuma ingin tahu apakah reaksi suaminya apabila ditanyakan soalan seperti itu.


“Nanti Allah tarik kecantikkan tu baru tahu..”

Walaupun sekadar mahu mengusik, Nabilah seolah-olah ‘termakan’ prank sendiri apabila suaminya menitipkan pesanan ‘sentap’ sepanjang rakaman video terbabit. Antara kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu adalah seperti “Kecantikkan yang tertutup kan lebih indah” dan “Nanti Allah tarik kecantikkan tu baru tahu”. Sebelum ini, Nabilah juga sering memuat naik beberapa posting bernada sweet dengan suaminya itu.

https://www.instagram.com/p/ByopAeoF8iV/

https://www.instagram.com/p/B18FCl7lYYW/

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

Dia sayang isteri sampai tak mahu wajah tu diberikan pada orang lain..

Walaupun dari awal lagi suaminya tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, namun dia tidak marah. Sebaliknya dia hanya berpesan kepada Nabilah agar sentiasa istiqamah dalam mengekalkan cara pemakaian itu. Ternyata gelagat yang ditampilkan oleh suami isteri ini mendapat pujian daripada para pengikutnya. Rata-rata mereka menyatakan Nabilah sememangnya beruntung kerana dikurniakan suami yang baik dalam hidupnya. 


[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

Sumber: IG nabilah.othmann


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Buka Purdah Boleh Tak Bang?”- Konon Prank, Sekali Dapat Respon Sentap!

Sharing is caring!