[VIDEO] “Bukan Kerana Yusry” – Rupanya Ini Faktor Utama Lisa Surihani Berhijab!

Sejak pulang daripada menunaikan umrah pada awal Syawal yang lalu, Lisa Surihani telah tampil dengan imej berhijab sekaligus menarik perhatian ramai. Meskipun tiada kenyataan rasmi yang mengatakan dia benar-benar berhijab, ramai senang dengan penampilan selebriti ini dan terus mendoakan yang terbaik. Melalui temu bual bersama Media Hiburan pula, Lisa akhirnya mendedahkan sebab utama mengapa dia memilih imej baru ini.

Baca : [FOTO] Terus Berhijab Lepas Balik Umrah, Ramai Harap Lisa Surihani Istiqamah!

Menurut pelakon filem ‘Lagenda Budak Setan’ ini, dia mengakui bahawa perjalanan hijrah bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun masih awal, namun terdapat banyak perkara yang sering membolak-balikkan hatinya dan tentunya ia menjadi cabaran utama untuk kekal istiqamah.

Dia ingin saya buat keputusan tersebut sendiri…

Walaupun dipersoal serta dipertikai sesetengah netizen gara-gara penampilan ini, Lisa juga enggan menjanjikan apa-apa kerana dirinya juga masih cuba untuk menyesuaikan diri. Dia turut berkata bahawa keputusan berhijab ini bukanlah atas suruhan suaminya Yusry, sebaliknya atas keputusan yang dibuat olehnya sendiri.

 

Dalam menempuh perjalanan yang baru ini, Lisa Surihani mengakui ini bukanlah keputusan yang dibuat dalam masa singkat mahupun terburu-buru. Ia melalui sebuah proses yang agak panjang dan sebab itu juga, dia memohon doa orang ramai mendoakan yang terbaik.

Sumber : Portal Media Hiburan dan Instagram Media Hiburan

Apa Komen Anda?