Viral

[VIDEO] Cabut Guna Kuku Panjang, Mata Bertukar Biru Kena Jangkitan Contact Lens

[VIDEO] Cabut Guna Kuku Panjang, Mata Bertukar Biru Kena Jangkitan Contact Lens

Sharing is caring!

Bukan sahaja untuk masalah rabun, malahan penggunaan contact lens di masa kini juga berkait rapat dengan keinginan untuk tampil kelihatan cantik. Lebih-lebih bagi pemilik mata berwarna hitam atau coklat gelap, mereka cenderung memilih rona kanta lengkap yang sedikit kontra misalnya soft blue, grey ataupun hijau emerald. Akan tetapi, produk berkenaan tidak boleh dipakai terlalu lama kerana risiko lain juga boleh berlaku kepada mata anda. Lebih dahsyat lagi, penglihatan juga boleh menjadi semakin terbatas atau mungkin melayang selama-lamanya.


BACA : Kalau Tak Nak Mata Rosak Sebab Contact Lens, Dengarlah Nasihat Doktor Ini

Mata terkena jangkitan lepas cabut kanta lekap guna kuku

Bagi seorang gadis ini, dia juga berdepan dengan detik yang mendebarkan selepas matanya mengalami jangkitan akibat memakai contact lens untuk jangka masa terlalu lama. Difahamkan, ketika itu dia sedang cuba untuk menanggalkan lapisan silikon lembut terbabit namun mengalami kesukaran. Setelah itu, gadis ini mula menarik keluar kanta lekapnya secara paksa menggunakan kukunya yang panjang.


@gudanggaram246

#zoommyface maaf baru jawab skrg😊

♬ original sound – Ast project – Ast project

Jangan dibiarkan…Aku kena juga, sampai sekarang tunggu penderma mata

Akibat berlaku jangkitan, kornea matanya sendiri bertukar menjadi warna biru. Meskipun ia tidak disengajakan dan bakal pulih sendiri mengikut penjelasan daripada pakar perubatan, akan tetapi ia seolah-olah menjadi tarikan baru kepada rupa gadis ini. Tidak memandangnya sebagai satu kekurangan, netizen mula memuji kecantikan mata milik @gudanggaram246 selain berkongsikan pengalaman ngeri masing-masing.


[VIDEO] Cabut Guna Kuku Panjang, Mata Bertukar Biru Kena Jangkitan Contact Lens

[VIDEO] Cabut Guna Kuku Panjang, Mata Bertukar Biru Kena Jangkitan Contact Lens

[VIDEO] Cabut Guna Kuku Panjang, Mata Bertukar Biru Kena Jangkitan Contact Lens

Sumber : TikTok gudanggaram246

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini