Viral

[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

Sudah menjadi lumrah dalam hubungan adik-beradik, pasti ada sahaja yang kuat menyakat dan prank. Jika tidak si kakak, mesti abang yang mengusik adik masing-masing. Walaupun boleh mengundang rasa geram dan ‘panas’ di hati, tetapi gurauan mesra sebegitu ternyata mengeratkan lagi hubungan antara kedua-duanya.


BACA : [VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’ – Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

Cikgu sakan prank minta kakak belanja satu lagu..

Menerusi akaun TikTok @sha75arisha, dia berkongsikan rakaman video memaparkan gelagat seorang cikgu melakukan prank menyakat kakaknya. Dia dilihat begitu ‘galak’ mengusik dengan menelefon dan meminta agar wanita berkenaan menyanyikan sebuah lagu.


[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

Padahal ada agenda lain, sebab nak test speaker pejabat sekolah

Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, si kakak hanya akur dan melayan permintaan tersebut. Siapa sangka, rupa-rupanya cikgu terbabit telah menyambung panggilan tersebut ke speaker yang dipasang berdekat pejabat sekolah bagi tujuan menguji alat tersebut. Lebih menghiburkan lagi gara-gara tindakan licik itu, nyanyian daripada wanita berkenaan disambut dengan gelak ketawa beberapa cikgu di sekitar tersebut.


[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

@sha75arisha

Nakalnya cikgu² ni,dia suruh kita buka mic kat Pejabat,nak test speaker, suruh nyanyi bagai,kan dah keluar lagu viral😂😂🤣🤣😂😂

♬ original sound – Arisha Sha – Arisha Sha

Kakak pun bukan main melayan, kelakarlah..

Ternyata, perkongsian video berdurasi kurang daripada seminit itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 400 ribu tontonan. Menjengah ke rungan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beradik ini. Meskipun sering menyakat, namun gurauan mesra itu ternyata mengeratkan lagi hubungan tersebut.

[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat [VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat [VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

Sumber : TikTok sha75arisha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Call Suruh Kakak Nyanyi, Cikgu ‘Pedajal’ Siap Pasang Speaker Di Pejabat

Facebook

Telegram