[VIDEO] “Can I Hug You?” – Gamers Ini Dipuji Jaga Ikhtilat Dengan Hos Wanita!

Walau di mana pun kita berada, ikhtilat tetap perlu dijaga oleh seseorang MusIim. Perkara ini sangat penting untuk diterapkan demi menjaga maruah, kebaikan dan kemuliaan diri kita sendiri. Menerusi sebuah video yang viral di laman Twitter baru-baru ini, seorang gamers lelaki dari Indonesia telah menjadi perhatian apabila dia menolak ajakan pengacara di sebuah pertandingan bertaraf antarabangsa untuk bersalam dan juga memeluknya.

BACA: “Saya Cuma Mahu Tegur Mereka Solat..” – Pakcik Ini Maafkan Semua Remaja PembuIi

Awkward kena macam ni hahaha

Iman dia kuat! Dah la cantik perempuan tu

Meskipun perkara itu lazim dilakukan oleh mereka yang bukan Islam ketika meraikan kemenangan dan sebagainya, namun lelaki ini tetap berkeras untuk menolak sebarang sentuhan daripada wanita cantik itu walaupun dia diajak berkali-kali. Hebat kan? Walau dia ‘terlepas’ ketika di waktu mereka berjabat tangan, namun rata-rata netizen memuji sikapnya yang tetap cuba untuk menjaga ikhtilat bersama dengan hos terbabit.

Sumber: Twitter shahrultarmizi_

Apa Komen Anda?