Hiburan

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

Sekitar minggu lepas, teka-teki status pelakon menawan Mira Filzah akhirnya terjawab apabila mengesahkan dirinya sudah pun bergelar tunangan orang. Namun memandangkan tarikh perkahwinannya masih lagi dirahsiakan, para peminat nampaknya sudah tidak sabar menantikan detik dia berkahwin pula dengan jejaka bernama Wan Emir Astar.

BACA:Pengantin Syukur Selamat Bernikah Online, Sekali Pandang Persis Pengumuman Raya

Cantik bak bidadari, foto Mira Filzah pakai busana pengantin curi tumpuan ramai..

Hangat di media sosial baru-baru ini apabila pelakon drama ‘Sweet Dreams‘ ini mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh seorang pereka fesyen terkenal. Rekaan persalinan berona putih itu turut dapat pujian melambung oleh ramai pihak gara-gara rekaannya yang sangat cantik dan seolah bersesuaian dengan bentuk tubuh molek aktres tersebut.

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

Mira Filzah harapkan bakal suami nanti minat melancong…selalu honeymoon pun takpe

Dalam satu sesi temu bual, artis berusia 27 tahun ini sangat berharap agar bakal suaminya turut meminati aktiviti yang paling disukainya iaitu melancong. Malah dengan nada berseloroh, Mira Filzah juga menyatakan dia tak kisah kerap travel untuk tujuan berbulan madu.

Cantiknya Mira Filzah, nak kena pergi honeymoon setiap hari ni…

 

Secara keseluruhannya, rata-rata netizen memuji Mira Filzah memandangkan busana tersebut telah menyerlahkan lagi keayuan dirinya. Selain mendoakan yang terbaik untuk bakal pengantin ini, mereka turut terhibur dengan kenyataannya yang suka pergi honeymoon tersebut.

 

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

Sumber: Instagram ricorinaldi

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Cantiknya Bakal Raja Sehari, Mira Filzah Dah Sarung Busana Pengantin?

Facebook

Telegram