[VIDEO] Cekap Baca Berita Guna ‘Sign Language’, Pelajar Ini Dipuji Mira Filzah!

Masa waktu kecil-kecil dulu, mesti ramai yang suka pasang angan-angan nak jadi pembaca berita kan? Mana taknya, semua personaliti TV atau pembaca berita mempunyai pakej lengkap dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sudah la cantik dan kacak, berbakat besar pula tu! Meskipun cabaran #bacaberitachallenge yang dianjurkan oleh stesen TV3 telah ditutup pada 22 Ogos yang lalu, tapi nampaknya penangan cabaran tersebut masih dapat lagi dilihat di media sosial sekarang ini.

BACA:Β “Nampak Qash Je Terus Jadi Bisu” – Parodi Sweet Dreams Jihan & Bell Lawak Habis!

Baca berita ‘sign languange’

Advertisement

Antara yang turut tidak ketinggalan untuk menyerlahkan bakatnya adalah seorang pelajar Kolej Vokasional Gombak ini. Berbeza dengan cabaran-cabaran yang pernah dilakukan sebelumnya, gadis bernama Fariqah ini tampil dengan pembacaan berita menggunakan bahasa isyarat!

Wah hebatnya…Rasa nak belajar sign language jugak!

Ternyata kelincahan dan kepantasan tangannya dalam menyampaikan beberapa jumlah perkataan dalam satu masa itu telah menarik perhatian ramai. Selain tular di laman Twitter dengan jumlah lebih 2,000 retweets setakat ini, video tersebut turut mendapat pujian daripada pelakon utama ‘Sweet Dreams’, Mira Filzah. Hal ini kerana dia turut menggunapakai bahasa khas itu demi menghidupkan watak gadis bisu bernama Puteri dalam drama fenomena tersebut. Fariqah turut menerima banyak pujian daripada netizen gara-gara aksinya yang sangat rare itu!

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter _nsyamimiΒ & IG mfmirafilzah

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?