Viral

[VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik

[VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik

Sharing is caring!

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang ramai orang suka sehinggakan dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Memiliki kucing perlu kesabaran yang sangat tinggi kerana telatah dan kenakalannya agak sukar dikawal. Meskipun terkenal dengan kecerdikan, haiwan berbulu tersebut boleh melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangkakan oleh manusia.


BACA: Dah Menghilang Seminggu Baru Nak Beritahu, Lelaki Ini Kecewa Hotel Kucing Cuai

Sanggup meniti sampai macam tu sekali…sebab nak elak  kaki dia basah

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan seekor kucing melintasi sebatang titi di atas air. Ketika itu, haiwan yang berwarna hitam putih berkenaan diberi laluan oleh pemiliknya untuk melintasi titian itu terlebih dahulu. Perkara yang melucukan terjadi apabila kucing gempal berkenaan mengelak permukaan berair di atas titi tersebut tetapi menggunakan cara tersendiri iaitu dengan berjalan ‘mengangkang’ hingga ke seberang semata-mata bagi mengelakkan kakinya basah.


 

Bertuah punya kucing…melampau betul perangai kau dah lah cerewet comel pulak tu

Video yang dikongsikan kembali oleh Instagram Sinar_my telah berjaya meraih lebih 120 ribu jumlah tontonan setakat ini. Selain terhibur dengan telatah haiwan tersebut, rata-rata netizen juga memuji pak cik yang bersama kucing itu kerana memberinya berjalan di titi itu dahulu. Kucing gempal itu turut dilabelkan sebagai haiwan yang cerewet oleh mereka kerana sanggup lakukan cara sehingga sedemikian rupa.


[VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik

[VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik [VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik [VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik [VIDEO] Cerewet Takut Kaki Basah, Kucing Gempal Lintas Titi Guna Cara Pelik

Sumber: Instagram Sinar_my

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!