[VIDEO] Cik Epal Dedah Bakal Saman 3 Individu, Nama ‘PU Nabil’ Curi Perhatian!

Bagi yang mengikuti perkembangan di media sosial penulis blog terkenal, Cik Epal serta suaminya, Jofliam pasti tahu yang mereka pernah viral kerana sanggup membeli stroller untuk bayi mereka yang berharga RM3 ribu hanya selepas stroller lama tertinggal di rumah. Terbaru, mereka sedang dalam proses untuk mengenakan saman pula kepada beberapa netizen di laman Twitter kerana telah melemparkan komen serta status yang berunsurkan defamat1on atau fitnah ke atas mereka.

BACA: Bengang Kapsyen IG Kena Ciplak, Cik Epal Tak Gentar ‘Warning’ Aliff Syukri!

Antara perkembangan yang dikongsikan oleh Cik Epal..

Malam tadi, mereka telah pun mendedahkan beberapa nama individu yang bakal disaman atas pertuduhan tersebut menerusi sesi live Instagram di akaun miliknya. Sambil disaksikan oleh lebih 11 ribu penonton, peguam mereka iaitu Abdul Hakeem Aiman turut menyatakan nama berserta butir tentang tiga pihak yang bakal disaman oleh suami isteri ini. Berikut pula adalah antara sedutan yang berjaya dirakam oleh netizen sepanjang sesi tersebut berlangsung.

Daripada ketiga-tiga nama yang dinyatakan itu, ternyata yang paling mencuri tumpuan ramai adalah individu yang dikenali sebagai ‘PU Nabil’ atau nama sebenarnya Nabil Hussein. Walaupun menggunakan gelaran ‘PU’, namun pemilik akaun tersebut bukanlah salah seorang peserta yang pernah menyertai program realiti Pencetus Ummah seperti yang disangka ramai. Malah netizen turut meluahkan pendapat masing-masing mengenainya yang pernah tular sebelum ini gara-gara teguran ‘sentapnya’ di laman Twitter.

Sumber: FB & IG cikepal & Twitter arasiaqq

Apa Komen Anda?