[VIDEO] Cikgu Bongkar Pelajar Miliki Style Menulis & Membaca Secara ‘Rotate’

Setiap manusia mempunyai kelebihan tertentu malah kita mempunyai banyak platform di media sosial untuk mengetengahkan kelebihan masing-masing. Lain pula ceritanya dengan seorang pelajar ini yang tidak sengaja mempamerkan bakatnya dalam sebuah video yang dirakam oleh seorang cikgu di sekolah. Video tersebut telah menjadi tular di ruangan Instagram milik cikgu tersebut sehingga pelajar ini menjadi sasaran media dan netizen.

Baca: Lagi Kemas Dari Perempuan – Pelajar Ini Buktikan Lelaki Pun Pandai Jaga Bilik

Cikgu terpegun bila tengok

Cikgu tersebut telah merakam aksi pelajar yang bernama Wan Muhammad Izmin ini sedang menulis tetapi istimewanya kerana perlakuan itu dilakukan secara terbalik. Izmin ketika itu sedang menulis sebaris karangan dalam sehelai kertas mahjung sambil disaksikan oleh rakan yang lain. Ternyata, aksi Izmin itu membuatkan cikgunya teruja sehingga membuat keputusan untuk berkongsi di media sosial.

Jelas Izmin pula, dia mula minat untuk menulis dan membaca secara terbalik selepas dia melihat cara penulisan oleh seorang peIukis terkenal, Leonardo da Vincci dalam sebuah buku. Dia bukanlah secara semulajadi mampu lakukan semua itu sebaliknya mengambil masa untuk berlatih dari hari ke hari. Tambahnya lagi, dia juga bukan selalu menulis sedemikian namun pada waktu tertentu sahaja.

Izmin yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah juga menambah yang pada mulanya dia tidak mahu berkongsi kelebihannya itu kepada keluarga, guru mahupun rakan sebab tidak memandang itu sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Lama menyimpan bakat yang dimiliki, akhirnya dia kantoi apabila dia perlu menulis karangan dalam sehelai kertas mahjong sebelum cikgu di kelas terbabit merakam dan berkongsinya hingga tular. Susulan video berkenaan, wartawan sebuah akhbar tempatan telah datang ke sekolahnya untuk melihat sendiri kelebihan yang dimiliki pelajar ini.

Sumber: Harian Metro & Instagram CtSharina

Apa Komen Anda?