[VIDEO] Cinta Sebelum Atau Lepas Kahwin, Mana Lagi Baik? Ini Kata Ustaz Azhar..

Tatkala menyebut saja tentang soal cinta, pasti ramai yang teruja kerana sifat ini lahir daripada hati seseorang. Namun saat diminta meminta pandangan soal perkahwinan pula, biasanya akan ada 2 jenis pendapat. Ada yang berkata lebih bercinta selepas kahwin memberikan banyak manfaat kepada sepasang suami isteri, khususnya dalam mengelakkan maksiat. Tapi tidak kurang juga yang menentang persepsi tersebut dengan alasan seseorang itu perlulah kenal dahulu baik buruk seseorang itu sebelum menerimanya sebagai calon suami ataupun isteri.

BACA: Soal Jawab Agama Dipertikai Ustaz Sebab Meragukan, Ini Reaksi Balas Fynn Jamal!

Gambar sekadar hiasan

Beza cinta zaman dulu & sekarang

Selain itu, terdapat juga perbezaan pemikiran dalam di antara generasi lama dan juga pada masa kini. Zaman dulu, anak gadis lazimnya tiada hak untuk menyuarakan pendapat atau menentukan masa depan masing-masing. Namun dalam banyak-banyak pilihan keluarga itu, ramai suami isteri yang berjaya menggapai kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhirnya.

Manakala generasi sekarang pula, pemikiran mereka terhadap alam perkahwinan sudah dibentuk lebih secara menerusi logik akal serta pemerhatian lebih-lebih lagi menerusi bahan yang dihiaskan di kaca TV. Cinta yang berputik daripada perkenalan boleh membina perasaan sayang serta sifat toleransi antara diri masing-masing. Malah jika peribadi seseorang itu hanya cantik dari segi luaran sahaja, kita masih boleh mengundurkan diri tanpa terbeban dengan status janda atau duda.

Gambar sekadar hiasan

Namun begitu, pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini telah memberikan jawapan berasaskan hukum agama mengenai persoalan tersebut. Ikuti video berikut.

Apa hukum cinta sebelum kahwin? Mana lebih baik, cinta atau kahwin dulu?

Cinta tak pernah dilarang/haram dalam Islam..

Mengulas tentang perkara itu, UAI pada awalnya menyatakan bahawa hukum bercinta langsung tidak pernah dilarang atau diharamkan dalam Islam. Malah ianya diharuskan jika mahu menjadikan seseorang itu sebagai teman sepanjang hayatnya. Terdapat beberapa fasa yang menimbulkan perasaan istimewa itu. Pertama, menerusi perkenalan dan kemudian timbul rasa suka. Ianya disusuli pula dengan kasih sebelum diakhiri dengan sifat sayang.

Tapi wajib jaga batas…cinta itu harus tapi couple itu haram

Bagaimanapun, wajib ada batas dalam setiap hubungan percintaan. Jelasnya, maksud batas di sini adalah perkara-perkara yang haram dilakukan antara pihak lelaki dan juga perempuan. Sebab itulah juga beliau menyatakan bahawa ‘cinta itu harus tapi couple itu haram’.  Rata-rata daripada kita akan lebih senang terdedah untuk melanggar batas tersebut jika mengamalkan couple seperti keluar berdua-duaan dan perkara yang sewaktu dengannya. Di samping itu, dia turut mengingatkan orang ramai bahawa pihak yang hanya layak untuk menemani seorang lelaki atau perempuan yang bukan muhrim berjumpa adalah mahram yang sudah matang, bukannya anak kecil atau mereka yang tidak mengerti ciri perkara haram.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

Apa Komen Anda?