[VIDEO] Comel Teruk! Inilah Yang Terjadi Bila ‘Orang Lama’ Main Apps Boomerang

Zaman sekarang ini, teknologi benar-benar telah mempengaruhi dan mengubah segenap cara kehidupan manusia. Selain daripada berhubung dengan kenalan, para pengguna telefon pintar kini juga boleh memuat turun bermacam aplikasi yang ditawarkan serta berhibur dengan seisi keluarga. Itulah yang boleh dilihat menerusi sebuah rakaman video semakin tular di laman sosial baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Bualan Lelaki Sindir Scammer Menjadi Viral, Part IC Tu Lawak Habis!

Menurut pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @msyflzn_ ini, dia telah merakam video berkenaan menggunakan aplikasi ‘Boomerang’ sewaktu jamuan keluarga baru-baru ini. Tapi gelagat yang ditampilkan oleh datuk, nenek serta ibu saudaranya yang lain nyata sangat lucu apabila dia zoom in gelagat yang ditampilkan oleh masing-masing.

Advertisement

Comel & lawak gila! Nak ketawa tapi takut berdosa pula

Antara babak yang paling mencuri tumpuan pastilah aksi ceria yang jelas terlihat menerusi wajah datuk dan neneknya sepanjang rakaman video terbabit. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut terhibur menyaksikan paparan video berkenaan, namun serba salah untuk mentertawakan mereka kerana risau tindakan tersebut tidak sopan pula.

Advertisement

Sumber: Twitter msyflzn_

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?