Viral

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

Sharing is caring!

Masihkah anda ingat sebuah drama bersiri seram komedi ‘Ceplos’ yang dibintangi oleh Shazrin Shazwan bersama Kaza suatu ketika dahulu? Siapa sangka biarpun sudah lama ditayangkan, namun karakter ini masih lagi segar dalam ingatan ramai khususnya di kalangan peminat drama tersebut. Terbaharu, tular sebuah video suntingan memaparkan aksi Ceplos membuat cover lagu ‘Peluang Kedua’.

BACA : Han-byul Cover ‘Sumpah’ Versi Korea, Buat Netizen ‘Cair’ & Meremang Bulu Roma


[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

Rupanya Ceplos pun dah buat cover lagu ‘Peluang Kedua’..

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Mizan Pilus, memperlihatkan kelibat Ceplos yang begitu asyik dan menjiwai lagu balada hasil ciptaan daripada Heal Husaini itu. Malah gerakan bibir sewaktu miming  baris-baris lirik rap yang dinyanyikan oleh MK K-Clique nyata tidak kurang hebatnya.

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

Terkejut betul.. Dah seronok dengar, tiba-tiba muncul pula Kak Limah sambung nyanyi

Bukan itu sahaja, reaksi wajah yang ditunjukkan sewaktu menyanyikan lagu tersebut tidak kurang lucunya. Namun apa yang mengejutkan ramai apabila muncul pula kelibat ‘Mak Limah’ diakhir video suntingan berkenaan sebelum menyambung nyanyian itu.


Terkejut betul part ending tu, nasib tak tersembur nasi..

Tanpa disangka-sangka, potongan video berdurasi kurang daripada seminit tersebut berjaya meraih hampir 100 ribu tontonan setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi positif berhubung suntingan klip video berkenaan.

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

[VIDEO] Cover ‘Peluang Kedua’ Versi Ceplos, Part Ending Buat Ramai Meremang

Sumber : Twitter mizanpilus_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!