[VIDEO] Curi Tumpuan Naik Pentas ABPBH, Akak Ni Rupanya ‘Orang Kuat’ Army BTS

Berbeza dengan edisi tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 telah pun memberikan nafas baru apabila menampilkan kategori baru iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular selaku antara senarai utama. Bertepatan dengan tema majlis tersebut iaitu ‘Melangkaui Sempadan’, ianya diwujudkan bagi menghargai penggiat seni antarabangsa yang telah mencipta nama di sini.

BACA: [Foto]Macam Novel, ‘Wedding Photoshoot’ Pengantin Korea-Malaysia Raih Perhatian

Antara yang paling mencuri tumpuan malam tadi adalah kemenangan kumpulan BTS yang berjaya membawa balik trofi ABPBH 32. Kugiran tersebut nyata dicabar sengit oleh calon Top 5 yang bukan calang-calang hebatnya seperti Blackpink, EXO, G Dragon, dan juga GOT7. 

Artis Korea Popular – Kumpulan BTS (minit 1:45)

Siapa akak BTS tu?

Dalam pada itu, kelibat wanita yang menjadi wakil penerima trofi kemenangan malam tadi juga mencuri tumpuan ramai gara-gara semangat yang ditampilkan olehnya malam tadi. Hasil tinjauan netizen, wanita yang dikenali sebagai Mastura ini merupakan antara peminat tegar kumpulan BTS ataupun ‘BTS Army’ sejak dari dulu lagi. Malah dia sering terlibat dalam penganjuran beberapa program bersama keluarga peminat penyanyi antarabangsa berkenaan biar pun turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu.

Semangat dipuji oleh BTS Army dan rakan-rakan peminat

Gara-gara tularnya rakaman sewaktu dia berada di atas pentas berprestij terbabit, Mastura nyata menjadi bualan ramai di segenap ruangan media sosial. Dalam pada itu, rakan-rakan peminat serta admin akaun Twitter BTS Malaysia turut memberikan ucapan penghargaan atas mewakili kemenangan kumpulan pujaan mereka.

Thank you mummy sebab naik wakil BTS…dan tak lupa mention Malaysia Army

Sumber: YouTube TV9MALAYSIA Official, Twitter BTSMY_ARMY & FB BH Online

Apa Komen Anda?