[VIDEO] “Dah Berzaman Nyanyi, Saya Memang Over” – Wann Sedia Tersingkir Semalam
Sejak malam tadi, konsert minggu ke-7 Gegar Vaganza 2019 (GV 2019) nyata hangat diperkatakan ramai. Di samping tidak melakukan sebarang penyingkiran terhadap baki 9 peserta yang tinggal, tempoh persaingan bagi merebut kejuaraan musim kali ini bakal dipanjangkan selama 4 minggu lagi. Pengumuman tersebut nyata membuatkan rata-rata peminat menarik nafas lega apabila bakal menyaksikan aksi bintang kegemaran masing-masing di pentas berkenaan.
BACA: [VIDEO] Gelagat & Komen Spontan 2 Juri Wanita GV 2019 Ini Memang Lawak Habis
AdvertisementView this post on InstagramAdvertisement
Percaturan Wann serba tidak menjadi
Berita tersebut pastilah menaikkan lagi semangat 3 peserta yang berada di kedudukan terbawah selepas pusingan semalam, iaitu Nurfatima, Sham Visa dan juga Wann. Malah penyanyi bersuara serak basah itu telah mendapat kritikan yang sangat tegas daripada kedua-dua juri tetap apabila percaturannya dalam menyampaikan lagu ‘Terlalu Memuja’ tidak berhasil seperti minggu-minggu sebelumnya.
Awak punya ekspresi terlalu ekstrem. Boleh potong sikit, dia akan keluar ayat-ayat yang tak perlu ada ekspresi. Feel kamu bagus tapi ekspresi terlalu ekstrem. – Datuk Ramli M. S.
Confident kamu kurang, jarak mic jaga. Harus turunkan mic sedikit. Dari awal sampai akhir kamu berikan desahan, ini pertandingan. Artikulasi tidak jelas. – Hetty Koes Endang
Saya tak kecewa…kalau tersingkir saya sedia balik rumah
Susulan aksi persembahannya, pemilik nama Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid ini memaklumkan bahawa pada awalnya dia sudah bersedia jika tidak tersenarai dalam pertandingan ini. Jelasnya kepada portal Astro Gempak, bagaimanapun dia amat bersyukur kerana masih diberi peluang meneruskan perjuangan pada minggu akan datang.

Dah berzaman nyanyi…saya memang over
Menyentuh teguran komposer tersohor negara itu pula, Wann memaklumkan bahawa dia sudah memberi usaha sehabis baik meskipun tugasan lagu tersebut mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa. Namun begitu, dia tetap tegas untuk tidak mahu menukar imej yang sudah sebati dalam jiwanya.
Sudah berzaman saya menyanyi, jadi buat sahaja lah. Kalau nak cakap ekstrem, saya memang over. Saya menyanyi ikut apa yang saya mahukan.”
Kak Wann dah buat terbaik…dia ikut tema Caras cara sendiri
Dalam pada itu, persembahan yang ditampilkan oleh bintang berusia 49 tahun ini juga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di segenap laman sosial. Meskipun hampir tersungkur, namun rata-ratanya tetap memberikan kata semangat sambil menyatakan bahawa Wann antara yang betul-betul mengikut tema ‘Caras’ dalam konsert malam tadi.
Sumber: YouTube Budiey Channel & Astro Gempak
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI