[VIDEO] Dah Tua Pun Nak Main Kahwin Lagi, Gelagat Student Undang Tawa Netizen

Pengalaman sewaktu bergelar pelajar adalah antara kenangan yang tidak akan dilupakan. Ditambah pula dengan kehadiran rakan-rakan yang sekepala, pasti banyak perkara telah dilakukan bersama. Mereka inilah yang sentiasa ada di waktu susah mahupun senang. Tak ubah seperti sekumpulan pelajar ini yang viral setelah melakukan aksi gila-gila di hostel bersama rakan yang lain. 

BACA: Asrama Blackout, Student Gigih Sambung Study Di Tangga Beramai-Ramai

Dah tua nak main kahwin-kahwin lagi

Video yang dimuat naik oleh seorang gadis memaparkan teman lelakinya bersama rakan-rakan tersebut sedang melakonkan adegan di hari persandingan. Lengkap dengan penampilan juruhebah serta pengapit, gelagat mereka berjaya mengundang gelak tawa dari netizen. Sambil diiringi lagu ‘Selamat Pengantin Baru’, dua lelaki dilihat berjalan bersama sambil memegang bulu tangkis sebagai bulu tangan dan memakai selimut sebagai veil labuh. 

Jimat kos, dj ke pesilat orang yang sama 

Bukan itu sahaja, aksi persandingan tersebut lengkap disusuli dengan persembahan silat oleh rakan mereka yang begitu bersemangat. Turut kelihatan mangkuk berserta sabun pencuci pinggan dan sejadah yang dijadikan sebagai barang hantaran yang kemudiannya diserahkan kepada mempelai. 

Apa lah hantaran bagi pengantin pegang

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 45,000 beserta 3,000 retweet itu ternyata sangat menghiburkan. Netizen juga menggelar mereka kreatif dengan penggunaan prop yang tidak disangka-sangka seperti penggunaan bulu tangkis. 

 

Sumber: Twitter Arwani 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?