[VIDEO] Dedah Realiti Perangai Orang Di Pawagam, Persembahan Bocey Dipuji Ramai

Saban minggu, pentas program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 sering membuatkan ramai terhibur dengan persembahan daripada bintang-bintang yang popular dari 3 negara. Meskipun semua terselamat pada minggu perkenalan yang lalu, namun minggu ke-2 pertandingan ini telah menyaksikan kumpulan ‘Cali’ dan ‘Halus’ telah tersingkir daripada saingan untuk merebut gelaran juara bagi musim kali ini.

BACA: [VIDEO] Walaupun Disakat Dalam Pantun, Lisa Surihani Puji Aksi Lawak Puteh

Bocey curi tumpuan…dedah realiti dalam panggung wayang

Namun begitu, ramai peserta yang membuktikan peningkatan dalam sketsa masing-masing menerusi tema bebas Jumaat lalu. Antara yang mencuri tumpuan adalah gandingan trio Abam, Fad dan Achey yang mengetengahkan beberapa isu masyarakat tatkala berada di dalam kawasan panggung wayang. 

“Dekat dalam wayang ni…kena jaga etika & adab”

Dalam penampilan tersebut, mereka bukan sahaja menyindir sikap beberapa penonton yang tidak menjaga tingkah laku dan meIanggar undang-undang seperti bermain telefon bimbit dalam kawasan pawagam. Malah kumpulan Bocey turut membuatkan ramai terhibur apabila menampilkan beberapa gelagat lucu mengenai mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana.

Dah mula tunjuk taring…sampai keluar air mata tergelak tengok ni

Usai persembahan berkenaan, juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah telah memberikan markah 5 ‘Ha’ atas prestasi cemerlang tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen pula telah memberikan reaksi yang positif sambil menyatakan aksi mereka lebih bertenaga dan mantap jika dibandingkan dengan minggu pertama yang lalu. 

Sumber: YouTube Astro Gempak & Official Ria X

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?