Hiburan

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

Sharing is caring!

Siapa saja tak mengenali gerangan pelakon kecil molek yang cukup berbakat membawakan pelbagai watak, iaitu Nad Zainal. Manakan tidak, wajahnya sering menghiasi kaca televisyen dengan lakonan yang sangat menyentuh jiwa. Pelakon berkenaan juga selalu berkongsi perkembangan mengenai kerjaya dan keluarganya di laman Instagram.

BACA: Macam Lelaki GataI- Reaksi Anak Tengok Nad Zainal Jadi Jantan Lucu Habis

Datang dengan mainan sangkut di rambut

Menerusi satu perkongsian terbaru di medium berkenaan, Nad telah memuat naik satu video yang memaparkan keletah anak lelakinya. Si kecil yang diberi nama Fahad Ibrahim atau mesra dipanggil Yem itu dilihat cemas setelah kenderaan mainan miliknya sangkut pada rambut. Dia cuba untuk meminta Nad dan suami menyelesaikan masalah tersebut.


Ayah nak botakkan terus kepala

Apa yang lebih menghiburkan adalah gelagat kedua ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang nyata seronok mentertawakan kejadian tersebut. Sempat juga si ayah mengusik Yem untuk membotakkan sahaja kepalanya bagi menanggalkan mainan itu. Dia yang cuak mendengar usikan ayahnya sempat meraung tidak mahu meneruskannya.

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

Sorry Yem. Aunty nak gelakkan tanpa simpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian yang telah berlaku. Malah mereka turut keliru sama ada ingin mengasihani atau mentertawakan nasib si kecil berkenaan. Ini juga bukanlah kali pertama mereka suka melihat keletah anak bujang kepada Nad Zainal itu.


[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

[VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala [VIDEO] Degil Bawa Padah, Nad Zainal Berdekah Mainan Anak Sangkut Atas Kepala

Sumber: Instagram Nad Zainal 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini