Seorang suami yang baik pastinya menjadi idaman setiap isteri kan? Jika mereka menjadi pemimpin dan ketua keluarga dengan baik, si isteri pasti akan buat macam-macam penghargaan pada hari penting teman hidupnya demi balas jasa dan kebaikannya. Jika sebelum ini rutin sambut hari jadi ‘biasa-biasa’ saja seperti hanya makan luar, mungkin boleh buat sesuatu yang berbeza dan rare sedikit seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
BACA: Punca Cinta Berkekalan Hingga Akhir Hayat, Suami Isteri Perlu Saling Memahami
Tak pernah terlepas dari buat suprise selama 9 tahun…semata-mata untuk melihat dia senyum
Baru-baru ini tular satu perkongsian daripada seorang wanita bernama Aida Hassan di Facebook. Dia telah membuat kejutan hari lahir untuk suaminya dengan hadiah jambangan gubahan bunga gergasi bernilai RM34 ribu yang sangat cantik. Menurutnya, dia tidak pernah terlepas dari membuat kejutan hari lahir kepada suaminya selama 9 tahun berturut-turut demi melihat teman istimewanya itu tersenyum gembira.
Tengah buat kerja luar rumah tiba-tiba isteri buat kejutan…bawa jambangan gubahan bunga ‘gergasi’ RM100
Wanita ini turut memuat naik rakaman video semasa melakukan kejutan tersebut. Video yang berdurasi 51 saat itu memaparkan suaminya sedang membasuh sesuatu di luar rumah tiba-tiba isterinya membuat surprise dengan membawa kek hari lahir dan jambangan bunga wang gergasi berkenaan. Terkejut dengan kejadian itu, suaminya dilihat tersenyum dan lantas bangun untuk meniup lilin kek hari jadinya yang ke-34.
Posted by Aida Hassan on Saturday, August 1, 2020
Sumber: FB Aida Hassan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura