Cinta Hiburan

[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

Sudah memasuki minggu ketiga bersiaran di slot Lestary TV3, drama ‘Kampung People’ terus mendapat sambutan hangat daripada penonton. Setiap episod berkenaan berjaya memikat hati ramai dengan genre kekeluargaan dan komedi yang disampaikan. Walau bagaimanapun, bukan mudah rupanya untuk menyiapkan setiap scene apabila krew penggambaran sering kali tergelak besar menyaksikan keletah pelakon-pelakon drama berkenaan. 


BACA: [VIDEO] Orang Bandar Kena Tukar Hidup 360 Darjah, Kampung People Lawak Habis

Belum apa-apa dah gelak dulu

Pengarah drama tersebut, Wan Hasliza Wan Zainuddin dilihat sempat memuat naik beberapa video ‘bloopers‘ sewaktu dalam proses menjayakan projek itu. Video berkenaan memperlihatkan para pelakon termasuk krew tergelak besar dengan aksi masing-masing dalam menjiwai watak yang dibawakan. Nampaknya, setiap individu yang terlibat dengan drama berkenaan sangat ‘enjoy‘ sewaktu bertungkus lumus bagi menghasilkan karya kian digilai ramai itu. 

[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

Video bloopers boleh tahan kelakar

Pelakon utama drama ‘Kampung People’, Elly Mazlein turut berkongsi video behind the scene di mana beberapa take perlu diambil kembali setelah dirinya dan juga Rashidi Ishak kerap kali ketawa melihat riak muka dan aksi masing-masing. Bukan sahaja setiap babak dalam drama berkenaan menjadi perhatian orang ramai, malah mereka turut terhibur dengan aksi-aksi pelakon dalam video bloopers yang telah dimuat naik. 


[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

Kalau dalam drama dah lawak, belakang tabir lagi lawak

Menjengah ke ruangan komen rakaman berkenaan, netizen dilihat memuji lakonan dan menyifatkan orang-orang dalam drama tersebut sangat lucu serta realistik. Bukan itu sahaja, mereka turut meminta pengarah untuk berkongsi dengan lebih lagi rakaman-rakaman belakang tabir pembikinan drama tersebut. 


[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak [VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak [VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

Sumber: Instagram Wan Hasliza & Elly Mazlein

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Di Sebalik Tabir ‘Kampung People’, Pengarah Sendiri Pun Tak Tahan Gelak

Facebook

Telegram