[VIDEO] “Dia Ingat Anak Dia Ke?-Tengok Kucing Ini Buat Apa Dengan Phone Penjaga

Kalau bercakap pasal haiwan peliharaan, pasti ramai yang memilih kucing kerana sifatnya yang manja dan comel. Keletah mereka pula kadangkala boleh mencuit hati para penjaganya. Nabi sendiri pun sayangkan kucing. Binatang ini juga sering dikaitkan dengan naluri keibuan serta rasa sayang yang tinggi seperti yang dikongsi oleh seorang pemuda di laman Twitter mengenai kucing peliharaannya.

BACA: Wanita Ini Sanggup Jadi Badut Asalkan Kucing Jalanan Cukup Makan & Sihat

Tengok kucing aku buat apa dekat phone tu

Dalam posting yang dikongsi Rezza, dia telah menayangkan satu video anak kucing sedang mengiau kepada haiwan peliharaannya. Kucing miliknya dilihat menghampiri telefon bimbit tersebut lalu terus menggigit dan membawanya lari dari situ. Pemuda tersebut yang terkejut dengan kejadian itu terus kelam kabut mengejar kucingnya untuk mendapatkan kembali handphone.

 

Kesian kucing tu kena troll

Kucing tersebut dipercayai bertindak sedemikian kerana merasakan anak kucing yang ditunjuk dalam handphone tersebut adalah miliknya. Naluri keibuan yang ada pula terus mendorongnya untuk menyelamatkan ‘anak kucing’ itu dan membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Anggap itu anak kucing jadi dia nak protect

Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 58,000 serta 7,400 retweet. Tindakan spontan tersebut nyata mengundang hilai tawa netizen. Ramai juga menganggap kucing itu penuh dengan sifat keibuan apabila cepat bertindak selepas mendengar suara tersebut. 

Sama la dengan kucing aku

Nampak gila dia prihatin

Sumber: Twitter Rezza

Apa Komen Anda?