[VIDEO] “Dia Nak Rehat..” – Hanya Tinggal Kenangan, Fad Rindu Nak Sakat Abam

Pada 10 Februari yang lalu, Allahyarham Abam Bocey telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya. Dia dikatakan mempunyai demam panas dan tidak menyedarkan diri apabila dikejutkan untuk solat subuh. Pemergiannya secara mengejut itu ternyata memberi kesan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Sehingga kini, masih ramai yang merasa sedih dan sebak mengenangkan sahabat kepada Achey serta Fad itu.

BACA: “Kau Pun Ada..” – Fad Bocey Tiba Di Tanah Air, Disambut Dengan Baju Abam

Advertisement

Kenangan terakhir bersama

Isteri kepada Fad Bocey, Syaheera telah berkongsi sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan kumpulan Bocey itu sedang melakukan persiapan di belakang pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019). Namun begitu, siapa menyangka ia akan menjadi antara kenangan terakhir mereka bertiga dapat bersama di acara tersebut.

Advertisement

Fad rindu nak sakat Allahyarham

Syaheera memberitahu di posting miliknya bahawa Allahyarham Abam pernah menyuarakan dia sudah penat dan ingin berehat sepuas-puasnya. Dia juga berkata mereka sudah tidak boleh mengusik Allahyarham dan Fad merasa rindu untuk menyakat sahabatnya itu. Malahan, wanita itu mendoakan agar dia tenang di sana dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan pengajaran yang besar dalam hidup mereka.

Advertisement
View this post on Instagram

Aku ingat sebab aku yang record .masa ni sebab ingat nak simpan video ni kalau rezeki bocey menang .konon nak combine video persiapan bocey final .tapi rupanya video ni abam tinggal buat kenangan utk ktorang . . Bam ktorang tau abam penat sgt .penat nak berjuang sebab abam rasa bocey org dah tak pandang .org dah jemu .sebab tu abam asyik ulang dah la nak rehat puas2 .sekarang abam tgh rehat kan .doakan dia ,moga Allah tempatkan dia dikalangan org beriman .bam ktorang dah takda sapa nak kacau .dah tkda org nak usik kacau tubuh badan abam .terkesan sgt sbb fad tak sempat nak sentuh .dia rindu nak menyakat abam 😔 abam semoga tenang disana .terima kasih sebab bagi kami pengajaran yg paling besar dalam hidup . #kitabaikramaisayang

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on

Advertisement

Sedihnya.. rasa macam dia ada dengan kita

Perkongsian Syaheera itu telah meraih lebih dari 542 ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen merasa sedih dengan pemergian ahli kumpulan lawak tersebut. Mereka mengucapkan takziah dan juga mendoakan agar ahli keluarga dan  sahabat-sahabat Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Advertisement

Sumber: Instagram syaheeraarahman

Apa Komen Anda?