[VIDEO] “Dia Takde Duit..” – Rupanya Ini Sebab Yunika Pergi Bertemu Aliff Aziz

Beberapa hari lalu, nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi kecoh setelah terpalit dengan isu kecurian wang milik seorang aktres Indonesia bernama Raja Yunika Putri. Bengang dengan kejadian itu, Yunika mula membuat laporan dan menurut media Singapura, Aliff Aziz sudah berada dalam tahanan pihak berkuasa. Dalam pada itu, Yunika telah mendedahkan sebab sebenar mereka berdua mengadakan perjumpaan di sebuah restoran sushi.

Baca : Curi Duit Pelakon Indonesia Masa Jumpa Di Kelab Malam, Aliff Aziz Dikecam!

Menurut Yunika, Aliff Aziz ada menghubunginya untuk meminta bantuan. Dek kerana merasa simpati dengan nasib hidup Aliff yang semakin menghimpit, aktres ini berbesar hati untuk membantunya mendapatkan job di Indonesia.

Kata Aliff, dia sudah tidak mendapat tawaran berlakon di Malaysia selepas isu keruntuhan rumah tangga bersama Bella Astillah. Sebelum berjumpa dengan Aliff, Yunika juga pernah berasa tidak sedap hati lebih-lebih lagi apabila ramai yang berpesan agar dia menjauhi pelakon lelaki tersebut.

Namun atas dasar simpati dan mahu membantu, Yunika tetap mengabaikan semua nasihat itu. Tapi belum sempat dia memberikan bantuan, Aliff  pula sanggup mencuri wang miliknya. Ikuti sesi pertanyaan dengan salah seorang wartawan mStar baru-baru ini.

Dia minta tolong cari job di Indonesia…

Meskipun masalah itu menjadi perhatian ramai sejak beberapa hari ini, dia tetap berharap agar Aliff dapat berubah suatu hari nanti.

Sumber : Youtube mStar

Apa Komen Anda?