Umpama ‘rezeki terpijak’, Wafariena Roslan kini berjaya menaikkan namanya menerusi watak Nurul Ain dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’. Walaupun sudah hampir 2 minggu drama itu tamat bersiaran, namun penangan masih dirasai apabila ada peminat yang seboleh-bolehnya cuba mengejar perhatian aktres tersebut.
BACA:Β Gara-Gara Perangai Pemusnah Rumah Tangga Orang, Nurul Ain& Diugut Simbah Asid
Itu sebenarnya nombor manager…Patutnya guna untuk urusan kerja je, tapi lain pula yang jadi
Menerusi perkongsian video di Instagram, Wafariena Roslan menyatakan bahawa kerap menerima panggilan dan mesej daripada aplikasi WhatsApp. Walau bagaimanapun, wanita ini akhirnya memaklumkan nombor yang diganggu itu merupakan milik pengurusnya. Pelakon berusia 25 tahun ini berasa terkilan kerana tindakan tersebut dikatakan telah menganggu aktiviti mereka. Selain itu, dia turut memberitahu nombor terbabit hanyalah digunakan untuk urusan bekerja sahaja namun disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Marah pun tetap cantik…Biasalah tu kalau dah jadi terkenal, mesti akan ramai orang yang minat
Aktor wanita ini juga menegur dan memberikan amaran akan menyekat nombor mereka yang terus menganggu pengurusnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan itu adalah hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila sudah menjadi figura terkenal. Selain itu, mereka turut berseloroh reaksi wajahnya kelihatan tetap comel meskipun sedang marah. Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih lebih 40 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram wafarienaroslan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura