[VIDEO] Diminta Juri Nyanyi Lagu Yang ‘Fresh’, Peserta Ini Buat Ramai Terhibur!

Bertindak sebagai platform utama mencungkil bakat-bakat baru masuk ke dunia hiburan, tidak dinafikan bahawa program realiti sering mendapat tumpuan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Begitulah juga dengan rancangan realiti Idols South Africa (Idols SA) yang membawa konsep sama seperti American Idol sedang memulakan musim terbarunya dengan sesi ujibakat baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Excited Nyanyi Sampai Side Kick Ayah Sendiri, Budak Ini Bikin Terbahak!

Antara finalis Idols SA musim lalu

Dalam fasa pertama program tersebut, para peserta perlu memberikan persembahan terbaik di hadapan para juri yang diketuai oleh personaliti terkenal Randall Abrahams (hujung kiri). Tapi selepas mendengarkan kebanyakkan peserta menyampaikan lagu yang sama berulang kali pastilah agak membosankan bagi keempat-empat mereka.

Gara-gara inginkan kelainan, Randall terdetik untuk meminta peserta bernama Linda Sosibo ini menyanyikan sebuah lagu yang tidak pernah dibawa sepanjang program itu berlangsung. Memahami kehendak tersebut, Linda dengan yakin membuat persembahan tetapi lagu yang dipilihnya memang di luar jangkaan ramai!

Ikut Permintaan Juri, Linda Sosibo Buat Kejutan! (Minit 1:00)

Menariknya, Linda turut menambah lirik tambahan tersendiri dalam lagu ‘Happy Birthday’ itu seperti “How old are you now?” dan “May we eat the cake now?”  untuk mempamerkan originaliti dalam persembahannya. Para juri juga sangat sporting kerana memberikan standing ovation tepukan gemuruh kepadanya selepas selesai menyanyikan lagu itu.

Padan muka…demand sangat tak nak lagu yang pernah orang nyanyi

Walaupun pilihan lagu dan semangatnyanya dipuji bagus, namun pemuda berumur 20 tahun ini gagal mara ke peringkat seterusnya kerana juri menyifatkan bahawa vokalnya agak teruk. Video yang sangat melucukan itu terus viral di media sosial kerana telah menghiburkan netizen di seluruh dunia. Rata-rata masyarakat di Malaysia turut berseloroh dengan paparan video berkenaan dan menyifatkan bahawa permintaan para juri itu telah terkena pada batang hidung mereka sendiri.

Sumber: YouTube RSA NETWORK, nzherald.co.nz & IG memes_puaka

Apa Komen Anda?