[VIDEO] Disapa Pak Cik Masa Buat IG Live Dengan Mak, Tindakan MK Dipuji Netizen

Kumpulan Hip Hop dari Sabah iaitu K-Clique kini terus mengumpul bilangan peminat yang semakin ramai. Wajah kumpulan yang terdiri dari 8 orang ahli ini juga sering menghiasi rancangan televisyen dalam usaha mempromosikan lagu-lagu terbaru yang dihasilkan. Rentetan daripada populariti yang diraih, gerak-geri mereka sering sahaja diperhatikan oleh netizen. Tidak ketinggalan, gelagat MK bersama ibunya telah tular juga baru-baru ini.

BACA: Dulu Basuh Kereta, Tuju K-Clique Syukur Dapat Bantu Family Termasuk Buat Umrah

Comelnya Hairi dengan mak dia

Seorang peminat telah berkongsi video rapper itu ketika sedang bergurau-senda bersama ibunya dalam sebuah sesi IG live. Penyanyi rap berkenaan dilihat mengusik ibunya yang sedang sibuk menjamah buah pisang. Di penghujung video juga, MK sempat menyapa seorang pak cik yang lalu di sebelahnya dan memberi salam dengan penuh hormat.

Sporting mak dia siap rap sekali

Dalam sedutan video yang lain pula, dia sempat mengajak ibunya untuk menyambung lirik lagu rap yang dinyanyikan. Ternyata ibu dan anak ini memang sangat sporting melayan karenah masing-masing. Jarang-jaranglah mak menghafal lagu rap kan?

Tak minat tapi cute pulak MK ni

Sehingga kini, video tersebut sudah meraih lebih 7000 retweet dan sudah ditonton sebanyak 200,000 kali. Dalam pada itu, netizen menyifatkan MK sebagai seorang anak yang baik dan berbudi bahasa dengan orang tua. 

Anak yang baik…Lemah la macam ni

Sumber: Twitter Sofea 

Apa Komen Anda?