Viral

[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji

[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji

Sharing is caring!

Mula dikenali oleh rakyat Malaysia selepas gambar keakrabannya bersama kerbau menjadi tular, nama adik Syukor Khamis tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun sejak minggu lalu sehingga pagi ini, keluarga mereka terus berduka apabila sekitar 40 daripada 110 ekor haiwan terbabit terkorban secara mengejut hari demi hari. Kata remaja belasan tahun berkenaan, ayahnya adalah insan yang paling terkesan memandangkan ternakan itu sudah mula diusahakan sejak 50 tahun lalu.

BACA : [VIDEO] Tak Banyak Ragam, Gadis Bawa Kucing Kesayangan Travel Ke Luar Negara

Semua kerbau alami simptom hidung berair dan nafas kuat

Pada siaran langsung di MHI TV3 pagi tadi, pihak mereka sempat menunjukkan keadaan terkini di kawasan ternakan memperlihatkan beberapa ekor kerbau semakin lemah akibat wabak yang melanda. Bercakap mengenai simptom awal masalah berkenaan, semua kerbau dikatakan telah mengalami masalah hidung berair dan bunyi nafas kuat apabila diperiksa secara terperinci.


[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji

[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji
Kredit Foto : Harian Metro
[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji
Kredit Foto : Harian Metro

Tenang dia jawab soalan wartawan…Sebut ‘reda’ dua kali dengan apa yang terjadi

Meluahkan lebih lanjut, adik Syukor mengakui agak sedih memandangkan beberapa kerbau yang terlibat merupakan ‘teman sepermainannya’ di waktu petang. Akan tetapi, dia reda selain berharap agar kerbau-kerbau yang masih selamat terus hidup dengan sihat. Kamatangan remaja ini menjawab semua soalan ternyata mengundang kekaguman di kalangan netizen. Walaupun semua kematian itu cukup mencetuskan rasa sebak, dia masih mampu untuk kekal memberikan kenyataan positif.

[VIDEO] Disoal Host MHI, Jawapan Live Adik Syukor Pasal Kematian Kerbau Dipuji


Sumber : Twitter dartlerve, Facebook MHI TV3, &  Zahid Mohamad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!