[VIDEO] Ditegur Ibu Sebab Dah Rosakkan Lipstick, Tapi Lihat Respon Si Cilik Ini

Sebagai ibu bapa, tak dinafikan bahawa penyeri dalam hidup berumah tangga mestilah anak-anak kan? Walaupun mereka sering melakukan kesilapan dan belum kenal lagi dunia sepenuhnya, namun sifat ingin tahu serta ragam comel mereka inilah yang boleh menyejukkan setiap mata yang memandang. Seperti baru-baru ini, viral di laman Twitter tentang seorang si comel ini yang kelihatan sangat mahir menggunakan lipstick milik ibunya.

BACA: “Why So Cute?” – Gelagat Budak Kostum Biri-Biri Ini Curi Tumpuan!

Tak marah pun…saja drama sikit

Menurut Puan Alyaa Ramli, dia sengaja merakam babak berkenaan untuk mengetahui apakah respon yang diberikan oleh anak perempuannya apabila ditegur kerana merosakkan barang peribadinya. Tapi tak sangka ini pula yang berlaku.

Ternyata reaksi comel yang ditampilkan ini untuk menyebut perkataan sorry atau maaf itu telah membuatkan ramai melting! Terdahulu, si cilik bernama Raeesa Sofia ini juga pernah menjadi perhatian ribuan netizen setiap kali ibunya ada memuat naik beberapa foto comel di laman tersebut.

Sofia cute sangat…cakap sorry tu takleh comel lagi ke alahh

Di ruangan komen, Puan Alyaa turut menyatakan bahawa dia bernasib baik kerana lipstick berwarna merah itu masih lagi boleh digunakan. Hal ini kerana ianya cuma telah ‘terpotong’ sedikit sahaja sewaktu anaknya bermain dengan alat makeup tersebut. Meskipun baru dikongsikan beberapa jam yang lepas, video itu telah memperoleh lebih 150 ribu jumlah tontonan dan 10 ribu retweets. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan kecomelan yang dimiliki oleh kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun ini.

Sumber: Twitter alyaaoreo

Apa Komen Anda?