[VIDEO] Ditegur Manja CCTV Jalan Raya, Reaksi Cute Pemuda Ini Bikin Ramai Cair!

Apabila kita memandu di atas jalan raya, kita seharusnya menitikberatkan soal keselamatan dan perlulah menjadi pengguna bertanggungjawab. Janganlah asyik nak ikut kepala sendiri sehingga mengganggu pengguna lain. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga nampaknya giat membuat pemantauan agar keadaan jalan raya selamat. Tapi seperti yang dipraktikkan di negara Indonesia, cara mereka menegur pengguna jalan raya boleh tahan lucunya dan memang lain macam.

Baca : [VIDEO] Comel Tapi..Gelagat Lelaki Ini Main Dengan Anak Jalanan Bikin Sedih!

Seperti salah satu kejadian yang mana videonya sudah tular di Twitter, pengguna yang melanggar undang-undang akan ditegur secara direct menerusi pemerhatian di CCTV.

“Aduh manis sekali bang senyumannya…”

Seperti yang dapat disaksikan dalam video ini, ramai penunggang memberhentikan motosikal mereka di kawasan pejalan kaki. Oleh itu, suara pihak berkuasa wanita yang menggunakan pembesar suara mula mengarahkan mereka untuk berundur.

Dalam pada itu, petugas wanita berkenaan mula mengusik seorang pemuda lelaki yang kebetulan sedang memakan aiskrim di atas motosikalnya. Sekali dengar, macam nak mengurat pun ada. Bukan main manja lagi suara dia!

Sudahlah suara tersebut boleh didengari oleh ramai pengguna lain, pastinya lelaki itu berasa agak segan dengan usikan petugas wanita tadi.

Netizen juga tidak ketinggalan merasa terhibur dan ada yang cair dengan reaksi comel pemuda tersebut.

Dia kena tegur tapi kenapa aku yang malu…

Manisnya senyuman si abang

Dia sempat lagi nak mengayat…

Kalau aku kat situ, memang patah balik

Sumber : Twitter Polisi

Apa Komen Anda?