[VIDEO] Diterjah Lipas Masa Syok Memasak, Reaksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Tak dinafikan, dalam banyak-banyak haiwan perosak yang paling dibenci oleh kebanyakan orang adalah lipas. Hal ini memang susah untuk dielakkan lebih-lebih lagi dengan kawasan yang lembab dan panas seperti Malaysia menyebabkan mereka boleh tinggal di mana-mana sahaja, termasuklah di bahagian dapur rumah. Beranak-pinak tanpa pengetahuan kita satu hal, kalau dia terbang lagi lah macam nak bergegar rumah bila semua penghuninya tak keruan nanti!

BACA: Takutkan Bini Guna Lipas, Instafamous ‘Lapar Like’ Diselar Suami Dayus Sebab..

Perkara itulah yang dihadapi oleh Instafamous Azfar Herisyam yang terkenal dengan video tutorial masakan di laman media sosial seperti Instagram dan Twitter. Ketika sedang beraksi di depan kamera untuk menyediakan menu murtabak maggie, dia telah diganggu oleh seekor lipas yang tiba-tiba muncul di dinding dapurnya.

Maka bermula lah drama peper4ngan antara Azfar dan lipas tersebut yang sangat melucukan!

Tengah seronok masak tiba-tiba lipas datang!

Situasi yang jelas menggambarkan perasaan sebenar setiap kali terjumpa haiwan perosak itu nyata telah mencuit hati ramai netizen.

Semburan puk*mak kau! Hahaha

Macam kena kejar dengan hantu!

Harap murtabak tak termasuk racun tu…stres macam fear factor pulak

Kau memang tak patut wujud kat dunia ni! Hahaha

Selepas pelbagai liku cabaran yang terpaksa diharungi, akhirnya Azfar tetap berjaya menghasilkan video tutorial tersebut dan ini adalah resepinya!

Murtabak Maggie 2.0 (tambah cheese)

Sumber: Twitter & IG Azfarheri 

Apa Komen Anda?