[VIDEO] Ditinggal Teman Wanita Masa Raya Kedua, Pesanan Ibu Lelaki Ini Win!

Di musim perayaan ini, pastinya ramai yang menyambut dalam suasana riang dan gembira bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Pun begitu, tidak dinafikan ada beberapa orang yang tidak bernasib baik apabila dilanda ujian kehilangan insan yang mereka sayangi, sama ada berpisah nyawa ataupun kasih seperti yang dialami oleh seorang lelaki ini apabila ditinggalkan oleh teman wanitanya ketika raya ke-2 tempoh hari.

BACA: Abang Menyamar Jadi Lelaki Kacak &Bercinta Dengan Adik Sendiri, Bila Kantoi

Menerusi rakaman yang tular di laman Twitter, jejaka bernama Haiqal Aydiel ini dalam keadaan sedih sewaktu meluahkan perkara tersebut di dalam kereta kepada ahli keluarganya yang lain. Ibunya turut memberikan nasihat dan sedikit bebelan, sambil moment tersebut dirakam oleh adiknya yang berada di sebelah.

Kecundang kena tinggal girlfriend…kena bebel dengan mak pula tu tabah bro!

Video yang telah mendapat lebih 15 ribu retweet selepas sehari dikongsikan itu ternyata mendapat banyak sokongan daripada netizen agar dia tabah dalam menghadapi ujian berikut.

Sedihnya tengok dia menangis…be strong brader!

Handsome kot kena tinggal? Sampah perempuan..

Siapa je tak menangis kalau mak cakap macam tu…

Rentetan daripada tweet viral tersebut, lelaki ini kemudiannya mendedahkan yang dia kini sudah ok daripada perkara yang menyedihkan tersebut.

Terima kasih teman-teman…

Sumber: Twitter danialmuzh

Apa Komen Anda?