[VIDEO] Diuji Menghidap PCOS, Wanita Ini Sebak Disahkan Hamil Selepas 6 Tahun

Sudah pasti keinginan untuk mendapatkan zuriat merupakan impian buat setiap wanita yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Dengan adanya kehadiran cahaya mata dapat menjadi penyeri dalam sebuah perkahwinan. Namun, tidak semua perempuan berpeluang untuk hamil zuriat sendiri atas sebab-sebab tertentu serta masalah kesihatan yang menghalang. Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) sehingga sukar untuk hamil.

BACA: [VIDEO] Suami Isteri Gagal Tahan Sebak Disahkan Hamil, 10 Tahun Menanti Zuriat

Tamatkan 6 tahun penantian

Advertisement

Situasi tersebut telah dikongsikan menerusi video di laman Instagram Dr Thokha Bin Muhammad yang juga merupakan pakar perubatan dalam bidang obstetrician dan gynaecologist. Menerusi paparan yang berdurasi 3 minit 44 saat itu, wanita itu dilihat gembira sampai menitiskan air mata apabila disahkan hamil. Akhirnya selepas 6 tahun perkahwinan, ternyata usahanya untuk mendapatkan rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) bersama doktor tersebut membuahkan hasil. 

View this post on Instagram

Advertisement

After 6 years of living with PCOS, she finally got pregnant within a month of treatment.

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Advertisement

Sukar hamil gara-gara PCOS

Penghidap PCOS selalunya menghadapi kesukaran untuk hamil. Menurut artikel Harian Metro, masalah ini adalah berpunca dari kilang telur atau ovari seseorang perempuan menjadi bengkak oleh kerana benih yang telah terperangkap di dalamnya dan tidak berjaya menetas pada waktu subur. 

Gambar Sekadar Hiasan

Rasa gembira yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata 

Advertisement

Dalam pada itu, rata-rata netizen dilihat turut sebak melihat video tersebut sambil mengucapkan tahniah. Jelasnya menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan pernah berputus asa untuk mencuba mendapatkan anak setelah disahkan menghidap masalah tersebut sambil tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Dr Thokha. Dia juga turut tidak sabar untuk memaklumkan kepada suaminya mengenai berita gembira tersebut. 

Sumber: Instagram Dr Thokha & Harian Metro 

Advertisement

Apa Komen Anda?