Viral

[VIDEO] Duduk Simpuh Kalah Perempuan, Bakal Suami Terlampau Sopan Sarung Cincin

[VIDEO] Duduk Simpuh Kalah Perempuan, Bakal Suami Terlampau Sopan Sarung Cincin

Sharing is caring!

Apabila berlangsungnya adat melibatkan penyatuan jodoh seperti merisik, bertunang, nikah atau persandingan sekali pun, biasanya orang perempuan yang akan tersipu-sipu malu tambahan pula ketika sedang disaksikan ramai tetamu lain. Bagi pihak bakal suami pula, mereka tampak lebih cool dan mampu bertenang sepanjang melalui detik bermakna tersebut. Akan tetapi menerusi sebuah majlis yang berlangsung di negara Thailand ini, lain pula jadinya.


BACA : [VIDEO] Sebak, Bakal Mertua Kucup Tangan Gadis Lepas Sarung Cincin Pertunangan

Yang perempuan kekal tenang, yang lelaki terlebih malu

Sedang melangsungkan sesi bertukar-tukar dan memakaikan barang kemas, bakal suami yang segak berbaju putih bersama kopiah kelihatan terlalu malu untuk memandang tepat ke wajah bakal jodoh di hadapannya. Dalam keadaan bersimpuh ala-ala ‘gadis Melayu terakhir’, dia menyarungkan cincin dengan penuh sopan dan terus menundukkan pandangan lsambil mendengar usikan daripada orang sekeliling. Tidak pasti apakah sebab yang membuatnya  begitu segan, namun dia cuma sempat bermain mata hanya beberapa kali sahaja sepanjang berada di situ.


អស់នៅ កូនកំលោះសុភាពអីចឹង?

Posted by ស៊ែរមួយចែកគ្នាមើល on Tuesday, October 20, 2020

Kelakarlah, alala pemalu betul lelaki ni…Siapa perempuan siapa lelaki ni?

Bagaikan sedang melalui episod tertukar personaliti dengan bakal isterinya sendiri, ternyata rakaman berdurasi 2 minit ini cukup membuatkan netizen terhibur. Bukan sahaja pelik dengan sifat ‘terlebih’ pemalu lelaki berkenaan, malahan mereka menyifatkan peribadinya sebagai comel.


[VIDEO] Duduk Simpuh Kalah Perempuan, Bakal Suami Terlampau Sopan Sarung Cincin [VIDEO] Duduk Simpuh Kalah Perempuan, Bakal Suami Terlampau Sopan Sarung Cincin

[VIDEO] Duduk Simpuh Kalah Perempuan, Bakal Suami Terlampau Sopan Sarung Cincin

Sumber : Facebook sharekh2020

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini