Viral

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

Sharing is caring!

Apabila tibanya hujung tahun, sudah menjadi kebiasaan bagi pihak sekolah atau tadika menganjurkan majlis khas bagi meraikan anak-anak murid. Malah ada juga sesetengah pusat pendirikan yang menjemput sama ibu bapa atau penjaga masing-masing bagi meraikan detik indah itu. Selain sesi pemberian anugerah kepada guru dan pelajar, acara sebegini turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada si cilik yang telah lama berlatih.

BACA: [VIDEO] Bebel Macam Mak-Mak, Celoteh Pemuda Jaga Baby Dalam Game Ni Lawak Habis

Meriah aksi comel budak-budak berjoget

Baru-baru ini, tular di laman Facebook mengenai sebuah video berdurasi 2 minit 17 saat yang mempamerkan sekumpulan kanak-kanak sedang rancak berjoget sambil diperhatikan oleh rakan sekolah mereka. Lengkap mengenakan busana tradisional yang berwarna-warni, acara ini dipercayai berlangsung di sebuah sekolah bertempat di wilayah Riau, Indonesia.

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa


Baju purple tak boleh blah…’Ewah’ sebelah kaki je

Di sebalik kerancakan itu, antara yang menjadi perhatian adalah gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang memakai baju Melayu berwarna ungu. Sepanjang rakaman tersebut, dia dilihat menari dengan hanya menggerakkan sebelah kaki saja ke depan sambil mengekori rakan perempuannya. Sekali pandang, ragamnya itu persis gaya tarian orang tua pada zaman dahulu kala.

Macam pakcik gatal berjoget…gelak sampai berair mata dah

Meskipun gayanya sedikit unik daripada penari lain, namun kanak-kanak tersebut ternyata enjoy menghabiskan persembahannya. Walaupun video itu dimuat naik semula oleh pengguna FB yang dikenali sebagai Puan Suraya Zaki, namun ia telah mendapat sambutan hangat dengan jumlah lebih 12 ribu perkongsian setakat ini. Ruangan komen pula dihujani dengan reaksi netizen yang terhibur menyaksikan gelagat lucu budak lelaki tersebut.


[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

[VIDEO] “Ewah Sebelah Kaki Je” – Gaya ‘Rare’ Joget Budak Sekolah Ini Cetus Tawa

Sumber: FB Suraya Zaki


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!