[VIDEO] Excited Datang Malaysia, Lihat Awek KP0P Cuba Pakai Kain Batik, Comel!

Bagi peminat muzik KP0P, pastinya sudah ramai yang pernah mendengar tentang kumpulan idol perempuan bernama Gfriend. Dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji, kumpulan mereka tertubuh sejak tahun 2015. Terkini juga, mereka sempat singgah ke Kuala Lumpur bagi Konsert Jelajah Gfriend 2019 yang akan berlangsung esok di Stadium Melawati Shah Alam. Tidak ketinggalan, mereka sempat ditemuramah oleh Hani Fadzil iaitu penyampai radio Era FM.

Baca : Macam Budak Form 5- Foto Lisa Surihani Dengan Artis Korea Buat Ramai Teruja!

Walaupun nampak sedikit kekok kerana mempunyai masalah kelancaran berkomunikasi, masih terlihat riak wajah teruja mereka apabila menjalani temubual ringkas ini. Hani Fadzil juga sempat mengajarkan mereka perkataan keramat milik Mira Filzah yang pernah popular dahulu iaitu ‘baby sayang’. 

 

 

Dalam masa yang sama, mereka juga kelihatan sangat gembira apabila menerima hadiah kejutan berupa kain batik. Apabila dijelaskan oleh Hani Fadzil, barulah mereka mengerti bahawa fabrik ini merupakan salah satu busana tradisional yang popular di Malaysia.

 

Suasana menjadi lucu apabila mereka mula mencuba untuk menyarungkan kain batik tersebut. Manakan tidak, pakaian tradisional orang Korea dengan kita memang tak sama langsung. Awalnya mereka nampak agak janggal untuk mengenakan kain batik tersebut, tapi boleh tahan juga hasilnya selepas melihat tunjuk ajar dari Hani. Ada juga seorang ahli yang menggelarkan kain batik ini sebagai ‘big skirt’.

 

Netizen juga memuji kecomelan dan turut teruja melihat kumpulan Gfriend mencuba sesuatu yang baru. Al-maklumlah, bila lagi kita nak nampak artis Korea mencuba pakaian tradisional kita. Betul tak? Tidak ketinggalan, ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan imej mereka nampak menutup aurat lepas pakai kain batik ni.

 

 

Sumber : Instagram Era Je

Apa Komen Anda?