[VIDEO] Excited Nak Dapat Baby Baru, Melompat Anaqi Tak Sabar Teka Jantina Adik

Selepas menjayakan drama bersiri ‘Cemburu Seorang Perempuan’ bersama-sama, pelakon lelaki terkenal iaitu Amar Baharin melarang isterinya untuk menerima sebarang tawaran lakonan. Amyra Rosli yang kini sarat hamil 7 bulan perlu berehat untuk menjaga kandungannya dan dijangka bersalin pada Februari depan. Walaupun belum mendedahkan secara rasmi jantina kandungan keduanya itu, selebriti wanita tersebut sempat memuat naik posting terbaru di laman Instagram mengenai perkara berkenaan.

BACA: Kalau Sudah Seru, Saya Bertudung Penuh- Amyra Rosli Jawab Soal Foto Free Hair

Semangat dia teka nak baby girl

Advertisement

Video yang berdurasi kurang seminit itu memaparkan wanita berkenaan bertanyakan apakah agaknya jantina bayi tersebut saat membangkitkan mereka daripada tidur. Aqeef Anaqi yang sudah berusia 3 tahun dilihat terus meneka dengan pantas kononnya bakal menerima adik perempuan. Tidak mahu kalah, si ayah pula tetap bertegas dengan keputusannya dan berharap mendapat seorang lagi bayi lelaki. 

Advertisement

Dua bulan rahsiakan jantina

Walau bagaimanapun, kedua-duanya pun masih tidak mengetahui jantina sebenar kandungan tersebut. Jelas Amyra lagi, dia bertindak merahsiakannya sejak dua bulan lalu sebagai kejutan yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Wanita berkenaan juga sempat berseloroh merasa bosan apabila terpaksa mengelak daripada berbicara tentang jantina sepanjang proses kehamilannya kali ini. 

Advertisement

Comel Anaqi, mestilah team baby girl

Bukan sahaja Anaqi dan Amar sahaja yang teruja, malah netizen juga turut menumpang gembira dengan kehamilan berkenaan. Masing-masing dilihat saling meneka dan ramai yang membuat andaian kemungkinan pelakon itu bakal melahirkan bayi perempuan. 

Advertisement

Sumber: Instagram Amyra Rosli

 

Advertisement

Apa Komen Anda?