Viral

[VIDEO] Faizal Tahir Tengah ‘Syok’ Menyanyi, Adik Comel Ini Pula Jadi Perhatian

[VIDEO] Faizal Tahir Tengah ‘Syok’ Menyanyi, Adik Comel Ini Pula Jadi Perhatian

Sharing is caring!

Semalam telah menyaksikan pentas akhir bagi program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2019. Dalam konsert penuh kemeriahan itu, Apex Tajudin yang juga merupakan protege bagi Hazama  telah diangkat sebagai juara. Di samping nyanyian yang cukup hebat ditampilkan oleh keempat-empat finalis, persembahan Faizal Tahir selaku juri jemputan tidak kurang hebatnya. Di sebalik persembahan tersebut, gelagat penari cilik yang mengiringinya turut menjadi tumpuan. 


BACA: Pakej Cukup Lengkap- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

Dari awal sampai akhir curi tumpuan

Faizal yang membawakan lagu ‘Ragaman’ dilihat tampil bersahaja sambil diiringi sekumpulan penari kanak-kanak. Seorang daripada mereka berjaya mencuri perhatian penonton apabila dilihat sungguh comel bersama riak muka yang nampak bersungguh. Malah sebelumnya, penyanyi Ajai yang terlibat secara langsung di sebalik tabir program tersebut sempat memuat naik aksi kanak-kanak berkenaan semasa raptai. Dia juga sempat berseloroh rasa letihnya hilang apabila menyaksikan gelagat budak berkenaan. 


Mata tertumpu dekat budak ‘debab’ comel tu

Rata-rata netizen yang menonton persembahan tersebut baik di kaca televisyen mahupun menerusi Instagram memuji persembahan si comel itu. Lebih-lebih lagi kamera pula sering difokuskan ke arah budak lelaki tersebut. Malah, ada yang meminta penyanyi berkenaan membawa si kecil itu untuk membuat persembahan sekali lagi di pentas Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung tak lama lagi. 


[VIDEO] Faizal Tahir Tengah ‘Syok’ Menyanyi, Adik Comel Ini Pula Jadi Perhatian [VIDEO] Faizal Tahir Tengah ‘Syok’ Menyanyi, Adik Comel Ini Pula Jadi Perhatian [VIDEO] Faizal Tahir Tengah ‘Syok’ Menyanyi, Adik Comel Ini Pula Jadi Perhatian

Sumber: Instagram Ajai dan Youtube TV9 Malaysia Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!